Kamis, 15 Juli 2010


Terjemahan Kitab Kimyatusy- Sya'adah
KIMIA KEBAHAGIAAN
Karya : Imam Al-Ghazali

PENDAHULUAN
Ketahuilah bahawa manusia ini bukanlah dijadikan untuk gurau-senda atau "sia-sia" saja.  Tetapi adalah dijadikan dengan 'Ajaib sekali dan untuk tujuan yang besar dan mulia.  Meskipun manusai itu bukan Qadim(kekal dari azali lagi),  namun ia hidup selama-lamanya.  Meskipun badannya kecil dan berasal dari bumi,  namun Ruh atau Nyawa adalah tinggi dan berasal dari sesuatu yang bersifat Ketuhanan.  Apabila hawa nafsunya dibersihkan sebersih-bersihnya,  maka ia akan mencapai taraf yang paling tinggi.  Ia tidak lagi menjadi hamba kepada hawa nafsu yang rendah.  Ia akan mempunyai sifat-sifat seperti Malaikat.  Dalam peringkat yang tinggi itu,  didapatinya SyurgaNya adalah dalam bertafakur mengenang Allah Yang Maha Indah dan Kekal Abadi.  Tidaklah lagi ia tunduk kepada kehendak-kehendak kebendaan dan kenafsuan semata-mata.  Al-Kimiya' Keruhanian yang membuat pertukaran ini.  Seorang manusia itu adalah ibarat Kimia yang menukarkan logam biasa(Base Metal) menjadi emas.  Kimia ini bukan senang hendak dicari.  Ia bukan ada dalam sebarang rumah orang. 
Kimia ini ialah ringkasnya berpaling dari dunia dan menghadap kepada allah Subhanahuwa Taala.  Bahan-bahan Kimia ini adalah empat;
1.  Mengenal Diri
2.  Mengenal Allah
3.  Mengenal Dunia ini Sebenarnya. (Hakikat Dunia)
4.  Mengenal Akhirat sebenarnya (Hakikat Akhirat)
Tambah lagi satu bahan-bahan kimianya yaitu Mencintai Allah sebagaimana yang terdapat dalam bab-bab.
Kita akan teruskan perbincangan kita berkenaan bahan-bahan ini satu-persatu...Insya Allah.
Untuk menerangkan Al-Kimiya' itu dan cara-cara operasinya,  maka pengarang(Imam Ghazali) coba menulis Kitab ini dan ianya diberi judul "Al-Kimiya' As-Saadah" yakni Kimia Kebahagiaan.  Bahwa perbendaharaan Tuhan di mana Kimia ini boleh didapati ialah Hati Para Ambiya' dan pewaris-pewarisNya dari kalangan ulama-ulama Sufi kalangan Aulia Allah.  Barang siapa yang mencarinya selain   itu adalah sia-sia dan akan Muflis (bangkrut) di Hari Pengadilan kelak apabila ia mendengar suara yang mengatakan ,  "Kami telah angkat  tirai dari kamu,  dan pandangan kamu hari ini sangat tajam dan nyata".
Allah Subhanahuwa Taala telah turunkan ke bumi ini 124,000 orang Ambiya untuk mengajar manusia tentang bahan-bahan Al-Kimiya ini.  Bagaimana hendak menyucikan hati mereka dari sifat-sifat rendah dan keji itu. 
Ikuti perkembangan perbincangan Imam Ghazali ini dari satu tingkat ke satu tingkat yang membuka jalan-jalan orang-orang Sufi yang mencapai Maqam Mahabbah;  puncak tertinggi kebahagiaan yang ingin dimiliki oleh orang-orang yang Mengenal Allah.
  2
ANAK KUNCI MENGENAL ALLAH
Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah.   Hadis ada mengatakan;
MAN 'ARAFA NAFSAHU FAQAD 'ARAFA RABBAHU (Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah)
Firman Allah Taala;
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur'an itu benar. (QS. 41:53)
Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri.  Jika anda tidak kenal diri sendiri,  bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain?  Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda,  badan,   muka,  kaki,  tangan dan lain-lain anggota anda itu.  karena mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita menegnal allah.  Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda yaitu bila anda lapar anda makan,  bila dahaga anda minum,  bila marah anda memukul dan sebagainya.  Jika anada bermaksud demikian,  maka binatang itu sama juga dengan anda.  Yang dimaksudkan sebenarnya mengenal diri itu ialah;
·         Apakah yang ada dalam diri anda itu?
·         Dari mana anda datang?
·         Kemana anda pergi?
·         Apakah tujuan anda berada dalam dunia fana ini?
·         Apakah sebenarnya bagian dan apakah sebenarnya derita?
Sebagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan.  Sebagian pula bersifat Iblis dan sebagian pula bersifat Malaikat.  Anda hendaklah tahu sifat yang mana perlu ada;  dan yang tidak perlu.   Jika anda tidak tahu,   maka tidaklah anda tahu di mana letaknya kebahagiaan anda itu.
Kerja binatang ialah makan,  tidur dan berkelahi.  Jika anda hendak jadi binatang,  buatlah itu saja.  Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia,  pandai menipu dan berpura-pura.  Kalau anda hendak menurut mereka itu,   lakukan sebagaimana kerja-kerja mereka itu.  Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi.  Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan.  Jika anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan,  maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali dan meikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu.  anda hendaklah tahu kenapa anda dilengkapi dengan sifat-sifat kebintangan itu.  Adakah sifat-sifat kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki mereka?.  Dan dalam perjalanan anda ke atas martabat yang tinggi itu,  anda akan gunakan mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.
Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal bahwa anda itu terdiri dari bentuk yang zhohir,  yaitu badan;  dan perkara yang batin yaitu hati atau Ruh.  Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu bukanlah daging yang terletak dalam sebelah kiri badan.   Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara yang dapat menggunakan semua kekuatan;   yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kakitangannya.  Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib.  Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya.  Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal Allah.
Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri.  Dengan cara ini,   dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu". Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum.  Dalam Al-Quran ada diterang;
Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh.  Katakanlah Ruh itu adalah dari  urusan TuhanKu". (Bani Israil:85)
Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah mutiara yang tidak bisa dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam Amar/perintah".  Ia bukanlah tanpa permulaan.  Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Allah.  Pengetahuan falsafah yang tepat mengenai Ruh ini bukanlah permulaan yang harus ada dalam perjalanan Agama,  tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu;  seperti tersebut di dalam Al-Quran;
"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami,   niscaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)
Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini,  bagi upaya pengenalan kepada diri dan Tuhan,  maka
·         badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan,
·         Ruh itu ibarat Raja.
·         Pelbagai indera (senses) dan daya (fakulti) itu ibarat satu pasukan tentera,
·         Aqal itu bisa diibaratkan sebagai Perdana Menteri.
·         Perasaan itu ibarat Pemungut pajak.
·         Marah itu ibarat Pegawai Polisi. 
·         Dengan pakaian Pemungut pajak,  perasaan itu terus ingin  merampas dan merampok.  dan marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekerasan.
Kedua-duanya  ini perlu ditundukkan di bawaah perintah Raja.  Bukan dibunuh atau dimusnahkan karena mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan,  tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal,  maka tentulah Ruh akan hancur.
Ruh yang membiarkan daya-daya  bawah  menguasai daya-daya  atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim.  Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan den dengannya yaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu.  Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan nampak dengan bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.
·         Orang yang menurut hawa nafsu nampak seperti babi,
·         orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,
·         dan orang yang suci seperti Malaikat.
Tujuan disiplin akhlak(moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu dan amarah,  sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan memantulkan Cahaya Allah Subhanahuwa Taala.
Mungkin ada orang bertanya;
"Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat binatang,   Iblis dan juga Malaikat,  bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat itu adalah jauharnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan bukan sengaja?"
Jawabannya ialah mutiara atau inti sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang paling tinggi yang ada padanya dan khusus baginya.  Misalnya keledai dan kuda adalah dua jenis binatang pembawa barang-barang,  tetapi kuda itu dianggap lebih tinggi darjatnya dari keledai karena kuda itu digunakan untuk peperangan.  Jika ia tidak boleh digunakan dalam peperangan,  maka turunlah ke bawah darjatnya kepada darjat binatang pembawa barang-barang. saja.
Begitu juga dengan manusia;  daya yang paling tinggi padanya ialah ia bisa berfikir yaitu Aqal.  Dengan fikiran itu dia bisa memikirkan perkara-perkara Ketuhanan.  Jika daya berfikir ini yang meliputi dirinya,  maka bila ia mati(bercerai nyawa dari badan),  ia akan meninggalkan di belakang semua kecenderungan pada hawa nafsu dan marah,  dan layak duduk bersama dengan Malaikat.   Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan,  maka manusia itu lebih rendah tarafnya dari binatang,  tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi tarafnya,   karena Al-Quran ada amenerangkan bahawa;
"Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)
Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia,  maka setelah mati,  ia akan memandang terhadap keduniaan dan merindukan  keindahan di dunia saja.
·         Ruh manusia yang berakal itu penuh dengan kekuasaan dan pengetahuan yang sangat menakjubkan.
·         Dengan Ruh Yang Berakal itu manusia dapat menguasai segala cabang ilmu dan Sains;
·         dapat mengembara dari bumi ke langit dan balik semula ke bumi dalam sekejap mata,
·         dapat memeta langit dan mengukur jarak antara bintang-bintang.
·         Dengan Ruh itu juga manusia dapat menangkap ikan ikan dari laut dan burung-burung dari udara,  dan
·         menundukkan binatang-binatang untuk tunduk kepadanya seperti gajah,  unta dan kuda. 
Lima indera (pancaindera) manusia itu adalah ibarat lima buah pintu terbuka menghadap ke Alam Nyata(Alam Syahadah) ini.  Lebih ajaib dari itu lagi ialah  Hati.  Hatinya itu adalah sebuah pintu yang terbuka menghadap ke Alam Arwah(Ruh-ruh) yang ghaib.  Dalam keadaan tidur,  apabila pintu-pintu deria tertutup,  pintu Hati ini terbuka dan manusia menerima khabaran atau kesan-kesan dari Alam Ghaib dan kadang-kadang membayangkan perkara-perkara yang akan datang.  Maka hatinya adalah ibarat cermin yang memantulkan (bayangan) apa yang tergambar di Luh Mahfuz.  Tetapi meskipun dalam tidur,  fikiran tentang perkara keduniaan akan menggelapkan cermin ini.  Dan dengan itu gambaran yang diterimanya tidaklah terang.  Selepas bercerai nyawa dengan badan(mati),  fikiran-fikiran tersebut hilang sirna dan segala sesuatu terlihatlah dalam keadaan yang sebenar.   Betullah firman Allah dalam Al-Quran;
"Kami telah buangkan hijab dari kamu dan pandangan kamu hari ini sangatlah terang dan nyata". (Surah Qaf:22).
Bersambung dalam  Pembukaan Hati ke Alam Ghaib


PEMBUKAAN HATI 
KE ALAM GHAIB
Pembukaan pintu hati  ke Alam Ghaib ini berlaku juga dalam kondisi-kondisi yang dekat  Wahyu Kenabian,  di mana Intuisi atau Wahyu atau Ilham terbit dalam fikiran tanpa di bawa melalui saluran-saluran indera(pancaindera) sebagaimana seseorang itu menyucikan dirinya dari pengaruh nafsu kebendaan dan menumpukan(konsentrasi) fikirannya kepada Allah.  Maka semakin bertambah teranglah kesadarannya pada Intuisi atau Ilham yang seperti itu.  Mereka yang tidak tahu   tentang perkara ini tidak berhak menafikan hakikat tersebut.
Intuisi(Ilham) ini bukanlah terbatas bagi mereka Kenabian saja.  Ibarat besi,   jika selalu digosok  dan digilap akan menjadi berkilat seperti cermin.   Begitu juga jiwa dan fikiran yang diasuh dengan disiplin sedemikian rupa akan dapat menerima informasi dari Alam Ghaib itu.  Sebab itulah Nabi Muhammad SAW. ada bersabda;
"Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan Islam(fitrah),  maka kemudian ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi"
Tiap-tiap manusia dalam kesadaran batinnya yang dalam itu pernah  mendengar pertanyaan;
Bukankah aku ini Tuhanmu?"    dan mereka menjawab; "Ya",   sebenarnya" tetapi sesetengah hati adalah ibarat cermin yang penuh debu dan berkarat sehingga tidak memberi bayangan apa-apa di dalamnya.   Tetapi hati Ambiya dan Aulia meskipun mereka itu manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti kita,  mereka sangat senang dan cepat menerima semua gambaran atau Ilham Ketuhanan Yang Maha Tinggi itu.
Bukanlah karena Ilmu yang didapati dari Ilham atau Wahyu atau Intuisi itu saja yang menyebabkan Ruh manusia itu dapat menduduki martabat pertama atau paling tinggi di kalangan makhluk,  tetapi juga oleh karena kekuasaannya(Ruh).  Sebagaimana Malaikat-malaikat menguasai atau memerintah unsur-unsur,  maka begitu jugalah Ruh itu.  Ia memerintah anggota-anggota badan.  Ruh-ruh yang mencapai peringkat kekuasaan yang khusus  bukan saja memerintah badan mereka sendiri tetapi juga badan-badan yang lain.  Jika mereka menginginkan orang sakit supaya sembuh,  maka sembuhlah ia,  atau orang yang sehat bisa disakitinya;   atau jika mereka inginkan seseorang supaya datang kepada mereka,  maka datanglah orang itu. Oleh karena kerja-kerja Ruh yang kuat ada dua macam;   yaitu baik dan jahat,  maka perbuatan mereka itu pun dibagikan dua macam juga yaitu Mukjizat dan yang lagi satu Sihir.
Ruh-ruh yang kuat ini berbeda dari Ruh-ruh orang biasa dalam tiga perkara:
1.  Apa yang orang lain dapat lihat secara mimpi dalam tidur,  mereka lihat dalam jaga.
2.  Orang lain hanya dapat menguasai badan mereka sendiri saja.  Mereka ini dapat menguasai badan-badan selain  diri mereka juga.
3.  Orang lain mendapat Ilmu dengan belajar dan mengkaji bersungguh-sungguh.   Mereka ini mendapat Ilmu itu secara Ilham atau Wahyu.
Bukanlah ini saja tanda yang membedakan mereka dari orang biasa.  Ada lagi yang lain.  Tetapi itulah saja yang kita ketahui.  Sebagaimana juga kita ketahui yaitu Allah itu saja yang mengenal  DiriNya Yang Sebenar-benarNya,  begitu jugalah  hanya Nabi-nabi itu juga yang mengenal Hakikat Kenabian itu sebenarnya.   Ini tidaklah mengherankan.  Sedangkan dalam kehidupan sehari-harian ini pun kita  mengalami kesulitan untuk menerangkan keindahan sesuatu Syair atau Puisi kepada orang yang tidak tahu dan tidak faham tentang Syair dan Puisi;  atau keindahan warna pada orang buta.
Di samping ketidakmampuan,  ada hal lain  lagi yang menghalang seseorang itu mencapai Hakikat Keruhanian.  Satu daripadanya ialah Ilmu yang diperolehi dari luar.  Sebagai ibarat,  hati itu adalah sebuah telaga,   dan lima indera ialah lima batang pipa air yang sentiasa mengalirkan air ke telaga itu.  Untuk mengetahui isi telaga itu sebenarnya,  pipa air itu hendaklah dihentikan mengalir ke dalam telaga itu untuk sementara waktu,  dan sampah-sampah   yang di bawa oleh pipa air itu hendaklah dibuang dari telaga itu.  Demikianlah ibaratnya.
Sekiranya kita hendak mencapai Hakikat Keruhanian yang suci itu,  maka kita hendaklah sementara waktu menepikan Ilmu yang diperolehi dari proses luar (yaitu yang datang dari luar seperti belajar,  membaca dan sebagainya) di mana biasanya telah menjadi beku dan keras dan bersifat Prasangka  (Doqmatic Prejudice).
Di samping itu ada pula satu kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang pendek IlmuNya,  yaitu setelah mereka mendengar percakapan orang-orang Sufi,  mereka pun merendah-rendahkan taraf ilmu.  Ini adalah ibarat seorang yang bukan ahli dalam bidang Ilmu Kimia mengatakan, "Kimia itu lebih baik dari emas!",   dan ia enggan menerima apabila emas diberikan kepadanya.  Kimia lebih baik dari emas,  tetapi ahli-ahli Kimia yang sebenar-benar pakar sangat sedikit bilangannya.  Begitu jugalah ahli-ahli Sufi yang pakar sebenarnya amat sedikit bilangannya.
Orang yang hanya tahu sedikit saja berkenaan Kesufian adalah tidak lebih tinggi martabatnya dari orang-orang yang berpengetahuan.  Begitu juga orang yang baru mencoba beberapa percobaan dalam bidang Kimia,  janganlah hendak merendah-rendahkan orang yang kaya.
Orang-orang yang melihat berkenaan hal ini tentu akan melihat betapa kebahagian itu adalah sebenarnya berkaitan dengan Mengenal Allah Subhanahuwa Taala.   Tiap-tiap anggota kita ini suka dan tertarik dengan  apa yang sebenarnya ia dijadikan.  Misalnya hawa nafsu suka dengan apa yang dikehendakinya;    marah suka dengan membalas dendam;  mata suka dengan benda yang indah;   telinga suka mendengar muzik yang merdu dan sebagainya.  Fungsi(tugas)   Ruh manusia yang paling tinggi ialah Menyaksi atau Melihat Hakikat,  dan di sanalah ia mendapat ketertarikan dan kesukaannya.  Seorang itu amat gembira diberi jabatan Perdana Menteri,  tetapi kegembiraan itu akan bertambah jika Raja berkawan baik dengannya dan menceritakan kepadanya rahsia-rahasia negeri.
Ahli Ilmu Falak(Astronom) dengan ilmunya dapat membuat peta-peta bintang dan perjalanan falaknya,  akan merasai lebih tertarik pada ilmunya itu daripada pemain catur dengan ilmunya.  Tidak ada yang lebih tinggi dari Allah Subhanahuwa Taala.   Alangkah besarnya ketertarikan dan kebahagiaan yang didapati oleh seseorang itu hasil dari Makrifat Allah.
Barangsiapa yang sudah hilang kemauan untuk mencapai Ilmu yang sedemikian tinggi itu,   maka orang itu adalah ibarat orang yang habis seleranya untuk memakan makanan yang baik-baik;  atau pun seperti orang yang lebih suka memakan tanah daripada memakan roti.  Semua selera badan kasar ini hilang  apabila mati (bercerai nyawa dengan badan).  Selera itu mati bersama badan kasar itu.  Tetapi Ruh tidak mati dan ia tetap membawa apa juga Ilmu tentang Ketuhanan yang ada padanya,  bahkan menambahkan Ilmu itu lagi.
Sebagian hal penting berkenaan Ilmu kita tentang Allah adalah timbul dari kajian dan pemikiran kita tentang badan kita sendiri,  yang membukakan kepada kita kekuatan,   kebijaksanaan dan Cinta Tuhan Yang Menjadikan segalanya.  KekuasaanNya menunjukkan betapa setitik air djadikan kita  seorang manusia yang cukup lengkap.   KebijaksanaanNya ditunjukkan dengan betapa rumit dan sulitnya anggota-anggota kita dan saling persesuaian antara bagian-bagian anggota itu antara satu dengan yang lain.   CintaNya ditunjukkan dengan KurniaNya kepada kita bukan saja anggota-anggota yang paling penting untuk hidup seperti jantung,  hati,  otak,   tetapi juga anggota-anggota yang tidak paling penting seperti tangan,  kaki,  lidah dan mata.   Kemudian ditambah pula dengan perhiasan seperti hitam rambut,  merahnya bibir,   bulu mata yang melentik dan sebagainya.
Maka sewajarnyalah manusia itu diibaratkan sebagai " ALAM KECIL"  dalam dirinya sendiri bentuk dan susunan badan itu hendak dikaji bukan saja oleh mereka yang hendak jadi doktor tetapi juga hendaklah dikaji oleh mereka yang ingin mencapai MakrifatuLlah, sebagaimana juga mengkaji secara mendalam tentang susunan keindahan bahasa dalam Puisi yang agung akan membukakan kepada kita   kebijaksanaan pengarangnya.
Bahwa Ilmu atau Mengenal Ruh itu memainkan peranan yang lebih penting untuk membawa kepada MakrifatuLlah;  lebih penting dari mengenal badan dan tugas-tugasnya.   Badan ini ibarat kuda tunggangan dan Ruh itu ibarat Penunggangnya.  Badan itu dijadikan untuk Ruh,  dan Ruh itu untuk badan.  Jika seseorang itu tidak tahu dirinya yang mana adalah yang paling dekat dengan Dia,  maka apakah gunanya ia mengenal yang lain?   Ibarat pengemis;  yang dirinya sendiri pun payah hendak makan berkata pula ia akan memberi makan kepada penduduk sebuah kampung.
Dalam bab ini kita akan coba sedikit-sebanyak membicarakan keagungan Ruh manusia. Orang yang tidak peduli kepada jiwa atau RuhNya dan membiarkan Ruh atau jiwa itu berkarat dan gelap,  maka rugilah ia di dunia dan di akhirat juga. Keagungan seseorang manusia itu sebenarnya terletak pada usaha untuk menuju Yang Kekal Abadi.  Jika tidak,  dalam dunia fana ini,  manusia itulah yang paling lemah dari segala makhluk karena tunduk kepada kepada lapar,  dahaga,  panas,   sejuk dan dukacita.
Perkara yang paling disukai biasanya paling bahaya kepadanya,  dan perkara yang memberi faedah hanya dapat diperolehi melalui usaha dan susah payah.   Berkenaan dengan Aqalnya pula,  kesalahan yang sedikit saja pada otak bisa menyebabkan ia gila dan rusak.  Berkenaan kekuasaan pula,  gigitan nyamuk saja telah cukup menyebabkan ia resah gelisah dan tidak dapat tidur.  Berkenaan dengan perasaan pula,  dia rasa dukacita hanya dengan kehilangan beberapa sen uang.   Berkenaan dengan kecantikan pula,  dia tidak lebih dari perkara yang kotor dibalut dengan kulit yang licin lunak.  Tanpa dibasuh selalu,  ia menjadi  tidak menarik lagi.
Pada hakikatnya,  manusia itu dalam dunia ini adalah sangat lemah dan hina.   Hanya di akhirat kelak manusia itu akan bernilai dan berharga.  Maka dengan cara "Kimia Kebahagiaan" dia meningkat naik dari peringkat binatang kepada peringkat Malaikat.  Kalau tidak,  peringkat lebih hina dan rendah dari binatang yang akan hancur dan akan jadi tanah.  Maka perlulah bagi manusia di samping sadar tentang ketinggian martabatnya dari semua makhluk,  sadarlah hendaknya tentang lemah hinanya,  karena itu pun adalah satu  "anak kunci" membuka pintu Mengenal Allah (MakrifatuLlah).
 
MENGENAL ALLAH  SWT
Satu  Hadis Nabi Muhammad SAW. yang masyhur ialah;
"Siapa yang mengenal dirinya,  mengenal ia akan TuhanNya"
Ini berarti dengan mematuhi dan memikirkan tentang dirinya dan sifat-sifatnya,   manusia itu bisa sampai  mengenal Allah. Tetapi oleh karena banyak juga orang yang memikirkan tentang dirinya tetapi tidak dapat mengenal Tuhan,  maka tentulah ada cara-caranya yang khusus bagi mengenal ini.
Sebenarnya ada dua cara untuk mencapai pengetahuan atau pegenalan ini.  Sala satunya sangat sulit dan sukar difaham oleh orang-orang biasa,  maka cara yang ini tidak usahlah kita terangkan di sini.  Yang satu cara lagi adalah seperti berikut:  apabila seseorang memikirkan dirinya,  dia tahu bahwa ada satu ketika   ia tidak berwujud,  seperti tersebut dalam Al-Quran:  "Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut (QS. 76:1) Selanjutnya ia juga tahu bahwa ia dijadikan diri setitik air yang tidak ada akal,  pendengar,   penglihatan,  kepala,  tangan,  kaki dan sebagainya, dari sini teranglah bahwa walau bagaimanapun seseorang itu mencapai taraf kesempurnaan,   tidaklah dapat ia membuat dirinya sendiri meeskipun hanya sehelai rambut.
Tambahan pula jika ia setitik air,  alangkah lemahnya ia?  Demikianlah seperti yang kita lihat di bab pertama dulu,  didapatinya dalam dirinya kekuasaan,   kebijaksanaan dan cinta Allah terbayang dalam bentuk yang kecil.  Jika semua pendeta dalam dunia ini berkumpul dan mereka tidak mati,  niscaya mereka tidak dapat mengubah dan membaiki bentuk walau satu bagian  dari badannya itu.
Misalnya,  dalam penggunaan gigi depan dan gigi samping untuk menghancurkan makanan,  penggunaan lidah,  air liur,  tengkuk,  kerongkong,   kita dapatinya penciptaan itu tidak dapat diperbaiki lagi.  Begitu juga,   fikirkan pula tangan dan jari kita.  Jari ada lima dan tidak pula sama panjang,  empat daripada jari itu mempunyai tiga persendian,  dan ibu jari hanya ada dua persendian,  dan lihat pula bagaimana ia bisa digunakan untuk memegang,   mencincang,  memukul dan sebagainya.    Jelas sekali manusia tidak akan dapat berbuat demikian,  meski hendak menambah atau mengurangkan jumlah jari itu dan susunannya .
Lihat pula makanan,  tempat tinggal kita dan sebagainya.  Semuanya cukup dikurniakan oleh Allah yang maha kaya.  Tahulah kita bahwa rahmat atau Kasih Sayang Allah itu sama dengan Kekuasaan dan KebijaksanaaNya,  seperti firman Allah Subhanahuwa Taala.
"RahmatKu itu lebih besar dari kemurkaanKu"
Dan sabda Nabi SAW.,
"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya"
Demikianlah,  dari makhluk yang dijadikanNya,   manusia bisa tahu tentang wujud Allah;  dari keajaiban badannya,  ia dapat tahu tentang Kekuasaan dan Kebijaksanaanya Allah;  dan dari kurnia rezeki Tuhan yang tidak terbatas itu,  nampaklah Cinta Allah kepada hambaNya.  Dengan cara ini,   mengenal diri sendiri itu menjadi anak kunci kepada pintu untuk mengenal Allah Subhanawa Taala.
Sifat-sifat manusia itu adalah bayangan Sifat-sifat Allah.  Begitu juga cara wujud ruh manusia itu memberi kita sedikit pandangan tentang wujud Allah,   yaitu Allah dan ruh itu tidak kelihatan,  tidak bisa dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan,  tidak tunduk kepada ruang dan waktu,  diluar kemampuan kuantitas (jumlah) dan kualitas,  dan tidak bisa diperikan dengan bentuk,   warna atau ukuran.  Orang merasa sulit hendak membentuk satu konsep berkenaan hakikat-hakikat ini karena ia tidak termasuk dalam bidang kualitas dan kuantitas,  dan sebagainya,  tetapi coba perhatikan betapa susah dan payahnya memberi konsep tentang perasaan kita sehari-hari seperti marah,  suka,  cinta dan sebagainya.  Semua itu adalah konsep fikiran atau tanggapan khayalan,  dan tidak dapat dikenali oleh indera.  kualiti,  kuantiti dan sebagainya dan itu adalah konsep indera(tanggapan pancaindera).  Sebagaimana telinga kita tidak dapat megenal warna,  dan mata kita tidak dapat mengenal bunyi,  maka begitu jugalah mengenal Ruh dan Allah itu bukanlah dengan inderanya.
Allah itu adalah Pemerintah alam semesta raya ini.  Dia tidak tunduk kepada ruang dan waktu,  kuantiti dan kualiti,  dan menguasai segala makhluknya.   Begitu juga ruh itu memerintah badan dan anggotanya.  Ia tidak bisa dilihat,   tidak bisa dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan dan tidak tunduk kepada tempat tertentu.  karena bagaimana mungkin sesuatu yang tidak bisa dibagi-bagikan itu diletak kedalam sesuatu yang bisa dibagi atau dipecah?  Dari keterangan yang kita baca diatas itu,  dapatilah kita lihat bagaimana benarnya sabda Nabi SAW.:  "Allah jadikan manusia menurut rupanya".
Setelah kita mengenal Zat dan Sifat Allah hasil dari perhatian dan tafakur kita tentang zat dan sifat Ruh,  maka sampailah pengenalan kita kepada cara-cara kerja dan pemerintahan Allah Taala dan bagaimana ia mewakilkan Kuasa-Kuasanya kepada malaikat-malaikat,  dan lain-lain, dengan cara memerhati dan bertafakur tentang bagaimana diri kita memerintah alam kecil kita sendiri.
Kita ambil satu contoh:  Katakanlah seorang manusia hendak menulis nama Allah.   Mula-mulanya kehendak atau keinginan itu terkandung dalam hatinya.  Kemudian dibawa ke otak oleh daya ruhani..  Maka bentuk perkataan "Allah" itu terdapat dalam  khayalan atau fikiran otak itu.  Selepas itu ia mengembara melalui saluran urat saraf,  lalu menggerakkan jari dan jari itu mengerakkan pena.   Maka tertulislah nama "Allah" atas kertas,  serupa seperti yang ada didalam otak penulis itu.
Begitu juga apabila Allah Subahanahuwa Taala hendak menjadikan sesuatu perkara,   Ia mula-mulanya nampak dalam peringkat keruhanian yang disebut didalam Quran sebagai "Al-'Arasy".  Dari situ ia turun dengan urusan Keruhanian ke peringkat yang di bawahnya yang digelar "Al-Kursi".  Kemudian bentuknya nampak dalam "Al-Luh Al-Mahfuz".  Dari situ dengan perantaraaan tenaga-tenaga   "Malaikat" terbentuklah perkara itu dan kelihatanlah di atas bumi ini dalam bentuk tumbuh-tumbuhan,  pokok-pokok dan binatang;  yang mewakilkan atau menggambarkan Iradat dan Ilmu Allah.  Sebagaimana juga huruf-huruf yang tertulis,  yang menggambarkan keinginan dan kemahuan yang terbit dan terkandung dalam hati;   dan bentuk itu dalam dalam otak penulis tadi.
Tidak ada orang yang tahu Hal Raja melainkan Raja itu sendiri.  Allah telah memberi kita Raja dalam bentuk yang kecil yang memerintah kerajaan yang kecil.  Dan ini adalah satu salinan kecil Diri(Zat)Nya dan KerajaanNya.  Dalam kerajaan kecil pada manusia itu, Arash itu ialah Ruhnya;  ketua segala Malaikat itu ialah hatinya;   Kursi itu otaknya;  Luh Mahfuz itu ruang khazanah khayalan atau fikirannya.   Ruh itu tidak bertempat dan tidak bisa dibagikan dan ia memerintah badanya;   sebagaimana Allah memerintah Alam Semester Raya ini.  Pendeknya,   tiap-tiap orang manusia itu diamanahkan dengan satu kerajaan kecil dan diperintahkan supaya jangan lengah dan lalai mengatur kerajaan itu.
Berkenaan dengan mengenal ciptaan Allah Subhanahuwa Taala,  ada banyak derajat pengetahuan.  Ahli Ilmu Alam yang biasa adalah ibarat semut yang merangkak atas sekeping kertas dan memerhatikan huruf-huruf hitam terbentang di atas kertas itu dan merujukkan sebab kepada pena atau qalam itu saja.
Ahli Ilmu Falak adalah ibarat semut yang luas sedikit pandangannya dan nampak jari-jari tangan yang menggerakkan pena itu,  yaitu ia tahu bahwa unsur-unsur  itu adalah daya bintang-bintang,  tetapi dia tidak tahu bahwa bintang itu adalah di bawah kuasa Malaikat.
Oleh karena berbeda-bedanya derajat pandangan manusia itu,  maka tentulah timbul perbedaan hasil atau kesan.  Mereka yang tidak memandang lebih jauh dari fenomena alam nyata ini adalah ibarat orang yang mengganggap hamba abdi yang paling rendah itu sebagai raja.  Undang-undang alam nyata itu (Fenomena) itu mestilah tetap. Jika tidak,  tidak adalah sains.  Walau bagaimanapun,  adalah salah besar menganggap hamba itu tuannya.
Karena ada perebedaan ini,  maka pertengkaran akan terus terjadi.   Ini adalah ibarat orang buta yang hendak mengenal gajah.  Seseorang memegang kaki gajah itu lalu dikatakannya gajah itu seperti tiang.  Seorang lain memegang gadingnya lalu katanya gajah itu seperti kayu bulat yang keras.  Seorang lagi memegang telinganya lalu katanya gajah itu macam kipas.  Tiap-tiap seorang mengganggap bagian-bagian itu sebagai keseluruhan.  Dengan itu,  ahli ilmu alam dan ahli ilmu Falak menyanggah hukum-hukum yang mereka dapat dari ahli-ahli hukum.   Kesalahan dan sangkaan seperti itu terjadi juga kepada Nabi Ibrahim seperti yang tersebut dalam Al-Quran,  Nabi Ibrahim menghadap kepada bintang,  bulan dan matahari untuk disembah.  Lama kelamaan beliau sadar siapa yang menjadikan semua-benda-benda itu,  lalu bisa berkata, "Saya tidak suka kepada yang tenggelam."
Kita selalu mendengar orang merujuk kepada sebab yang kedua bukan kepada sebab yang pertama dalam hal apa yang digelar sakit.  Misalnya;   jika seseorang itu   tidak lagi cenderung kepada keduniaan,  segala keindahan tidak lagi dipedulikannya,  dan tidak peduli apa pun,  maka doktor mengatakan,   "Ini adalah  penyakit gundah gulana,  dan ia perlu obat ini a"
Ahli fisika akan berkata "Ini adalah kekeringan otak yang disebabkan oleh cuaca panas dan tidak dapat dilegakan kecuali udara menjadi lembab."
Ahli nujum akan mengatakan bahwa itu adalah pengaruh bintang-bintang.
"Hanya itulah kebijaksanaanya mereka." Kata Al-Quran,  tidaklah mereka tahu bahwa sebenarnya apa yang terjadi ialah: Allah Subahana Wataala memberi  kebajikan orang yang sakit itu dan dengan itu memerintahkan hamba-hambanya seperti bintang-bintang atau unsur-unsur,  mengeluarkan keadaan seperti itu kepada orang itu agar ia   berpaling dari dunia ini mengadap kepada Tuhan yang menjadikannya.  Pengetahuan tentang hakikat ini adalah sebuah mutiara yang amat bernilai dari lautan ilmu yang berupa Ilham;   dan ilmu-ilmu yang lain itu jika dibandingkan dengan Ilmu Ilham ini adalah ibarat pulau-pulau dalam lautan Ilmu Ilham itu.
Doktor,  Ahli Fizik dan Ahli Nujum itu memang betul dalam bidang ilmu mereka masing-masing.  Tetapi mereka tidak tahu bahwa penyakit itu  bisa   dikatakan sebagai "Tali Cinta", yang dengan tali itu Allah menarik AuliaNya kepadaNya.  Berkenaan ini Allah ada berfirman yang bermaksud;
"Aku sakit tetapi engkau tidak melawat Aku".
Sakit itu sendiri adalah satu bentuk pengalaman yang dengannya manusia itu bisa mencapai pengetahuan tentang Allah;  sebagaimana firman Allah melalui mulut Rasul-rasulNya;
"Sakit itu sendiri adalah hambaKu dan disertakan kepada orang-orang pilihanKu".
Dengan ulasan-ulasan yang terdahulu,  dapatlah kita meninjau lebih mendalam lagi maksud kata-kata yang selalu diucapkan oleh orang-orang yang beriman yaitu;
"Maha Suci Allah" (SubhanaLlah)
"Puji-pujian Bagi Allah (Alhamdulillah)
"Tiada Tuhan Melainkan Allah (La ilaha iLlaLlah)
"Allah Maha Besar" (Allahu Akbar).
Berkenaan dengan "Allahu Akbar" itu bukanlah bermaksud Allah itu lebih besar (secara fisik) dari makhluk,  karena makhluk itu adalah penampakan-Nya sebagaimana cahaya memperlihatkan matahari.  Tidaklah bisa dikatakan matahari itu lebih besar daripada cahayanya.  Ia  bermaksud yaitu Kebesaran Allah itu tidak dapat disukat dan diukur dan melampaui jangkauan kesedaran;  dan kita hanya bisa membentuk gambaran yang tidak sempurna dan tidak nyata berkenaanNya.
Jika seorang kanak-kanak bertanya kepada kita untuk menerangkan enaknya mendapat pangkat yang tinggi,  kita hanya dapat mengatakan seperti perasaan kanak-kanak itu tatkala sedang bermain bola,  meskipun pada hakikat kedua-dua itu tidak ada persamaan langsung,  kecuali hanya kedua-dua perkara itu termasuk dalam jenis kesenangan.  Oleh yang demikian,  kata-kata "Allahu Akbar" itu berarti Kebesaran itu melampaui semua kuasa pengenalan dan pengetahuan kita.  Tidak sempurna pengenalan kita berkenaan Allah itu,  bukan dengan pikiran saja tetapi adalah disertai oleh ibadat dan pengabadian kita.
Apabila seorang itu mati,  maka ia berhubungan dengan Allah saja.  Jika kita   hidup dengan orang lain,  kebahagiaan kita bergantung kepada derajat kemesraan kita terhadap orang itu. Cinta itu adalah benih kebahagiaan,  dan Cinta kepada Allah itu dituju dan dibangun melalui ibadat.   Ibadat dan sentiasa mengenang Allah itu memerlukan kita supaya bersikap sederhana dan mengekang kehendak-kehendak badan.  Ini bukanlah berarti semua kehendak badan itu dihapuskan;  karena itu akan menyebabkan punahnya  manusia.  Apa yang diperlukan ialah membatasi kehendak-kehendak badan itu.  Oleh karena seseorang itu bukanlah Hakim yang paling bijak untuk mengadili dirinya sendiri tentang batas itu, maka ia lebih baik merundingi pemimpin-pemimpin keruhanian dalam perkara ini,   dan hukum-hukum yang mereka bawa melalui Wahyi Ilahi menentukan batas  yang harus diperhatikan dalam hal ini. Siapa yang melanggar batas berarti Menzholimi dirinya sendiri"(Al-Baqarah; 231).
Walaupun Al-Qur'an telah memberi keterangan yang nyata,  masih ada juga orang yang melanggar batas karena kejahilan mereka tentang Allah dan kejahilan ini adalah karena beberapa sebab;
Pertama; ada golongan manusia yang terus mencari Allah melalui pikiran,  lalu mereka membuat kesimpulan dengan mengatakan tidak ada Tuhan dan alam ini terjadi dengan sendirinya atau wujudnya tanpa permulaan.   Mereka ini seperti orang yang melihat surat yang tertulis dengan indahnya,   dan mereka mengatakan surat itu sedia tertulis tanpa penulis atau  ada begitu saja.Orang yang seperti ini telah jauh tersesat dan tidak berguna berhujah dan bertengkar dengan mereka.  Setengah daripada orang-orang seperti ini adalah Ahli Fizika  dan Ahli   Bintang yang telah kita sebutkan di atas tadi.
Ada pula setengah orang karena kejahilan tentang keadaan  sebenarnya Ruh itu.  Mereka menyangkal adanya hidup di Akhirat dan menyangkal manusia itu diadili di sana.  Mereka anggap diri mereka itu satu taraf dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan dan akan hancur begitu saja.
Ada juga orang yang percaya dengan Allah dan Hari Akhirat,  tetapi kepercayaan atau Iman mereka itu sangat lemah.  Mereka berkata kepada diri mereka sendiri;
"Allah itu Maha Agung dan tidak ada sangkut-paut dengan kita,  walaupin kita sembah Dia atau tidak;  tidak menjadi apa-apa kepadaNya".
Fikiran mereka ini seperti orang sakit yang disuruh makan ubat,  tetapi ia berkata; "Apa untung atau ruginya doktor itu jika aku makan obat atau tidak makan obat?".  Memang tidak terjadi apa-apa kepada doktor itu tetapi orang itulah yang akan bertambah sakit karenabodohnya.  Badan yang sakit  berakhir dengan mati.  Maka Ruh atau Jiwa yang sakit berakhir dengan kesusahan dan siksaan di akhirat nanti,  seperti firman Allah Taala dalam Al-Qur'an yang bermaksud;
"Hanya mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang Salim itulah yang akan terselamat".
Jenis orang yang tidak beriman yang keempat ialah mereka yang berkata;
"Hukum Syariat menyuruh kita jangan marah,  jangan menurut nafsu,   jangan bersikap munafik.  Ini tidak mungkin karena sifat-sifat ini   memang telahada semula jadi pada kita.  Lebih baik tuan suruh saya membuat yang hitam itu jadi putih".
Mereka ini sebenarnya bodoh.  Mereka jahil dengan hukum Syariat.  Hukum Syariat tidak menyuruh manusia membuang sama sekali perasaan itu,  tetapi hendaklah dikontrol supaya tidak melanggar batas yang dibenarkan.  Supaya terhindar dari dosa besar, dan kita bisa memohon keampunan terhadap dosa-dosa kita yang kecil.  Sedangkan Rasulullah ada bersabda;
"Saya ini manusia juga seperti kamu,  dan marah juga seperti orang lain".
Firman Allah dalam Al-Qur'an;
"Allah kasih kepada mereka yang menahan kemarahan mereka".(Al-Imran:146)
Ini berarti bukan mereka yang tidak ada  perasaan marah.
Golongan yang kelima ialah mereka yang menekankan Kemurahan Tuahn saja tetapi menepikan KeadilanNya,  lalu mereka berkata kepada diri mereka sendiri;
"Kami buat apa saja karena Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang".
Mereka tidak ingat meskipun Allah itu Pengasih dan Penyayang,  namun beribu-ribu manusia mati kelaparan dan karena penyakit.  Meraka tahu,  barang siapa hendak hidup atau hendak kaya,  atau hendak belajar,  mestilah jangan hanya berkata;   "Allah itu Kasih Sayang".   tetapi perlulah ia berusaha sungguh-sungguh.  Meskipun ada firman Allah dalam Al-Qur'an; "Tiap-tiap makhluk yang hidup itu Allah beri ia rezeki"(Surah Hud:06);  tetapi hendaklah juga ingat Allah juga berfirman;  "Manusia tidak akan mendapat apa-apa kecuali dengan berusaha".   Sebenarnya mereka yang berpendapat di atas itu adalah dipengaruhi oleh Syaitan dan mereka berkata di mulut saja,  bukan di hati.
Golongan keenam pula menganggap mereka telah sampai ke taraf kesucian dan tidak berdosa lagi.  Tetapi kalau anda layani mereka dengan kasar dan tidak hormat,  anda akan dengar mereka marah dan bertahun-tahun   mengatai anda. Dan jika anda ambil makanan sesuap saja yang patut,  seluruh alam ini kelihatan gelap dan sempit pada perasaan mereka.   Kalau pun mereka itu telah dapat menakluki hawa nafsu mereka,   mereka tidak berhak menganggap dan mengatakan diri mereka itu tidak berdosa lagi,   karena Nabi Muhammad SAW. sendiri,  manusia yang paling tinggi darajatnya,   sentiasa mengaku salah dan memohon ampun kepada Allah.  Setengah daripada Rasul-rasul itu sangat takut berbuat dosa sehingga pada perkara- perkara yang halal pun mereka menghidarkan diri .
Diriwayatkan,  suatu hari Nabi Muhammad SAW.  telah diberi sebiji Tamar.  Beliau enggan memakannya kerena beliau tidak pasti  Tamar itu didapati secara halal atau tidak.  Tetapi mereka menelan arak berbotol-botol banyaknya dan berkata mereka lebih mulia daripada Nabi. (Saya menggeletar semasa menulis ini). Pada hal sebutir Tamar pun tidak disentuh oleh Nabi jika belum pasti sama ada halal atau tidak.  Sesungguhnya mereka telah diseret dan disesatkan oleh Iblis.
Aulia Allah yang sebenarnya mengetahui bahwa orang yang tidak menundukkan hawa nafsunya tidak patut dipanggil "orang" dan orang Islam yang sebenarnya ialah mereka yang dengan rela hati, tidak mahu melanggar Syariat..  Mereka yang melanggar Syariat adalah sebenarnya dipengaruhi oleh Syaitan dan mereka ini sepatutnya bukan dinasihati dengan pena,  tetapi adalah sewajarnya dengan pedang.
Sufi-sufi yang palsu ini kadang-kadang berpura-pura tenggelam dalam lautan keheranan atau tidak sadar,  tetapi jika anda tanya mereka apakah yang mereka heirankan itu,   mereka tidak tahu.  Sepatutnya mereka disuruh menungkan keheranan sebanyak-banyak yang mereka suka,  tetapi di samping itu hendaklah ingat bahwa Allah Subhanahuwa Taala itu adalah Pencipta mereka dan mereka itu adalah hamba Allah saja.
 
Bersambung : MENGEN
MENGENAL DUNIA INI
Dunia ini adalah ibarat pasar yang dilalui oleh pengembara dalam perjalanannya menuju ke tempat yang lagi satu.  Di sinilah pengembara itu mengumpulkan bekal  untuk perjalanannya.  Pendeknya di sinilah manusia itu dengan menggunakan indera jasmaninya,  memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan tentang kerja-kerja Allah,  dan melalui pengetahuan itu untuk Mengenal Allah.  Pandangan terhadap Allah inilah yang menentukan kebahagiaan dan keselamatan  di hari kemudian;   karena untuk mendapatkan Ilmu Pengetahuan inilah,  maka manusia turun ke dunia dan tanah ini.  Selagi inderanya ada bersama dengannya,  orang itu dikatakan berada "dalam dunia ini".  Apabila indera ini meninggalkan jasad dan hanya sifat-sifatnya yang perlu saja yang tinggal.  maka orang itu dikatakan telah kembali "ke akhirat".
Semasa manusia itu berada dalam dunia ini,  dua perkara perlu baginya.
Pertama;  melindungi dan mengasuh(memelihara) Ruhnya dan
Keduanya;  memelihara dan menyelenggara badannya.
Makanan Ruh itu seperti yang tersebut sebelum ini,  ialah Mengenal dan Cinta kepada Allah.  Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada "ghair Allah" (selain Allah),  maka binasalah Ruh itu.  Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi Ruh.  Badan itu akan hancur tetapi Ruh tetap hidup.  Ruh itu sepatutnya memelihara badan.  Ibarat orang yang hendak mengerjakan Haji ke Mekah,  ia perlu memelihara untanya,  tetapi jika ia menghabiskan masa dengan memberi makan dan menghias untanya saja,  maka kafilah akan meninggalkan ia di belakang dan binasalah ia di padang pasir.
Keperluan badan manusia itu terbagi kepada tiga saja yaitu makanan;   pakaian;  dan tempat tinggal.  Tetapi kemauan badan yang ada pada seseorang untuk mendapatkan tiga perkara itu cenderung  melawan akal dan melebihkan dari tiga perkara itu.  Oleh itu,  perlulah kemauan itu disekat dan dibatasi dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasul-Rasul.
Berkenaan dunia ini pula,  di mana kita tinggal ,  terbagi kepada tiga   -  yaitu binatang,  tumbuh-tumbuhan dan galian(logam).  Hasil  ketiga  hal ini sentiasa diperlukan oleh manusia dan  melahirkan tiga pekerjaan yang utama pada manusia yaitu;
·         Kerja Menenun,
·         Kerja Membina dan
·         Kerja-kerja Logam. 
Ini pula terbagi kepada beberapa cabang lagi seperti Tukang Jahit,  Tukang Batu,   Tukang Besi dan lain-lain lagi.  Tidak ada yang bebas sendiri;  perlu saling berkaitan.  Maka timbullah perhubungan dan perkaitan perdagangan dan perniagaan.  Di sini timbul pula keadaan-keadaan yang menerbitkan Hasad,   Dengki,  Tamak,  loba dan berbagai-bagai penyakit Jiwa(Ruh).   Dengan itu timbul pula pertengkaran dan persengketaan serta keperluaan untuk berpolitik,  berkerajaan dan pengetahuan tentang undang-undang.
Oleh yang demikian,  pekerjaan dan perdagangan di dunia ini makin bertambah rumit dan kusut dan kompleks.  Ini  karena manusia telah lupa bahwa keperluan mereka yang utama adalah hanya tiga perkara saja yaitu pakaian,   makanan dan tempat tinggal.  Diri ini anya bertujuan untuk menjadikan badan itu layak bagi tunggangan Ruh dalam perjalanan menuju ke akhirat.   Mereka telah sama terlena seperti orang yang pergi ke Mekah,  mereka telah lupa tujuan perjalanan dan dirinya sendiri,  lalu menghabiskan masa memberi makan dan menghias untanya.  Manusia pasti terpesona dan terpikat oleh dunia kecuali ia berhati-hati benar supaya tidak tergoda.  Nabi ada bersabda mengatakan bahwa dunia ini ibarat Tukang Sihir yang lebih pintar dari Harut dan Marut.
Dunia ini menipu kita dengan cara berikut.
Pertama;  ia berpura-pura kekal bersama kita padahal sebenarnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan Selamat Tinggal kepada kita,  seperti bayang-bayang yang nampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.
Kedua; Dunia ini berpusing seperti seperti Ahli Sihir yang menarik tetapi jahat.  Ia berpura-pura Cinta kepada kita,  suka kepada kita,  tetapi kemudian ia pergi kepada musuh dan meninggalkan kita manusia kesedihan dan putus asa.  Nabi Isa Alaihissalam melihat dunia ini seperti bentuk nenek berkebaya tua yang buruk.  Beliau bertanya kepada dunia itu berapakah suami yang ia ada.  Dunia itu menjawab suaminya tidak terkira banyaknya.  Beliau bertanya lagi adakah suaminya itu telah mati atau telah diceraikan.  Katanya semua mereka itu telah dibunuhnya.  Nabi Isa Alaihissalam berkata;
"Aku heran kenapa manusia bodoh, telah melihat bagaimana anda melakukan kekejaman itu namun masih juga mereka suka dan cinta kepada anda".
Nenek berkebayan yang jahat ini memakai pakaian yang indah-indah dan menutup mukanya.   Kemudian ia pergi menggoda manusia.  Banyaklah manusia yang tergoda dan tertipu  dan dibinasakannya.  Nabi SAW. pernah bersabda bahwa di hari Qiyamat kelak,  dunia ini akan berupa dengan bentuk Ahli Sihir,  matanya hijau dan giginya tertonjol keluar.  Orang yang melihatnya akan berkata;
"Kasihanilah kami!  Siapakah ini?"
Malaikat akan menjawab;
"Inilah dunia yang kamu perbuat dan pertengkarkan,   yang kamu bunuh-membunuh dan sembelih-menyembelih antara satu sama lain".
Kemudian dia akan dilemparkan ke Neraka dan di situlah ia akan menjerit; "Oh Tuhan!!! Di manakah mereka yang mencintai aku dahulu". Kemudian Allah perintahkan mereka itu dilemparkan juga ke dalam Neraka itu.
Barangsiapa bertafakur dengan serius bahwa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di masa akan datang ia akan hilang sirna,  maka nampaklah ia bahwa dunia ini ibarat perjalanan di mana peringkat-peringkatnya berupa  tahun,  bulan dan batunya dengan harinya,  dan langkahnya dengan saat.  Tidak dapat hendak diceritakan bagaimana ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang kekal dan membuat rancangan untuk sepuluh tahun yang akan datang pada mungkin ia akan berada dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari lagi.  Siapa tahu!!!.
Siapa yang meninggalkan dirinya dalam lautan keindahan dunia fana ini,  di masa matinya akan jadi seperti orang yang menyumbatkan mulut dan perutnya dengan makanan dan kemudian ia memuntahkan semula.  Kelazatannya hilang sirna.  Tinggallah malu dan aib.  Makin banyak harta-benda,  uang ringgit,  rumah dan taman yang indah dipunyainya,  makin pedih dan payahlah ia hendak meninggalkan semua itu.   Kepedihan dan kepayahan ini akan dibawa hingga selepas mati karena jiwa yang sudah biasa dengan Tamak Haloba itu akan menjadi Tamak Haloba juga selepas mati dan di Akhirat kelak akan merasai kesusahan dan kepedihan karena kemahuan dan keinginan yang tidak merasa puas.
Satu daripada ciri atau sifat perkara keduniaan ini ialah pada mulanya nampak seperti perkara kecil saja,  tetapi tiap-tiap perkara yang nampak "kecil" ini bercabang  hingga tidak terhingga lagi banyaknya,  hingga ia menelan dan membolot seluruh masa dan tenaga manusia itu.  Nabi Isa Alaihissalam pernah berkata;
"Orang yang cinta kepada dunia itu ibarat orang yang meminum air laut,  makin diminum makin dahaga hingga akhirnya ia binasa,  namun dahaga tidak juga hilang".
Nabi SAW. pernah bersabda;
"Tidaklah kamu bercampur dengan keduniaan itu melainkan kamu dikotori sebagaimana orang yang masuk ke air,  pasti akan basah".
Dunia ini ibarat meja yang di atasnya ada hidangan untuk tetamu yang datang silih berganti.  Di atasnya ada pinggang mangkuk emas dan perka,  penuh dengan makanan yang sedap-sedap,  dan bau-bauan yang harum mewangi.  Tetapi yang bijak akan makan seperlunya,  menghidu wangi-wangian itu,  mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah,  dan kemudian pergi.  Tetapi tetamu yang bodoh,  sebaliknya   hendak membawa pulang pinggang mangkuk emas dan perak itu,  tetapi benda-benda itu dirampas balik darinya.  Ia ditolak  pergi.  Maka malu dan hina serta putus asa saja yang diperolehinya.
Sekarang kita tutup penerangan kita tentang tipu muslihat dunia ini dengan ibarat yang berikut.  Katalah sebuah kapal tiba di sebuah pulau yang penuh dengan kayu-kayan.   Nakhoda kapal itu memberitahu penumpang-penumpang kapal itu ia hendak singgah bebarapa jam saja di pulau itu,  dan mereka boleh naik ke pantai untuk sementara waktu tetapi jangan terlampau lama.  Maka turunlah penumpang-penumpang itu ke pantai dan masing-masing pergi ke sana dan kemari sesuka hatinya.
Orang yang bijak di antara mereka itu akan kembali ke kapal dalam masa yang singkat saja dan apabila melihat kapal itu lapang mereka pun mencari tempat yang nyaman untuk duduk.
Kumpulan penumpang yang kedua pula berjalan ke sana ke mari lama sedikit sambil menikmati  keindahan pokok-pokok dan bunga-bunga dan mendengar burung-burung menyanyi.  Setelah kembali ke kapal,  mereka dapati tempat-tempat yang baik di kapal itu telah diduduki dan terpaksalah mereka berpuas hati dengan tempat yang kurang myaman itu..
Kumpulan yang ketiga berjalan dan bersiar makin jauh di pulau itu dan mereka membawa batu-batu yang beraneka warna untuk dibawa ke kapal.  karena mereka lambat kembali ke kapal itu,  terpaksalah mereka duduk di tempat-tempat yang kurang baik di dalam perut   kapal itu.  Mereka dapati batu yang berkilauan yang mereka bawa itu telah hilang kilauan dan warna-warninya.
Kemudian yang terakhir pula telah merayau-rayau terlalu jauh ke tengah pulau itu hingga tidak sadar masa untuk belayar telah hampir tiba dan tidak pula mendengar panggilan nakhoda itu karena mereka terlampau jauh.  Maka terpaksalah kapal itu belayar lagi tanpa mereka.  Maka menyesalah mereka dengan putus asa dan dukacita dan akhirnya binasalah mereka karena dahaga dan kepalaran ataupun dimakan oleh binatang-binatang buas.
Kumpulan pertama itu ibarat orang-orang yang beriman yang menjauhkan diri dari pengaruh keduniaan;  dan kumpulan yang terakhir ialah ibarat orang-orang kafir yang hanya memandang dunia ini saja dan lupa akhirat.  Dua golongan yang di antara itu adalah mereka yang memelihara Imannya mereka tetapi mengikut pautan diri mereka kurang lebih dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di dunia ini.
Meskipun kita telah bercakap banyak mengecam dunia ini,  tetapi hendaklah diingat bahwa ada juga perkara-perkara di dunia ini yang bukan terdiri dari benda keduniaan,   seperti Ilmu Pengetahuan dan Amal Sholeh. Manusia akan membawa bersamanya apa-apa Ilmu yang ia punyai masuk ke Alam Akhirat.   Meskipun amal sholehnya telah berlalu,  namun kesannya tetap tinggal dalam wataknya atau keperibadiannya khususnya dalam hal peribadatan,  yang menghasilkan Cinta kepada Allah dan mengenangNya sentiasa.  Inilah sebagian dari "perkara-perkara yang baik" yang tersebut di dalam Al-Qur'an sebagai "Tidak akan hancur musnah".
Lain-lain perkara baik dalam dunia  ini,  seperti berkahwin,  makanan,   pakaian dan sebagainya digunakan oleh orang-orang yang bijaksana menurut kadarnya kerena ini semua menolongnya untuk mencapai ke Alam akhirat.  Apa saja yang menarik seluruh perhatian hati yang menyebabkan  tertambat ke dunia ini dan lupa ke Akihrat,   adalah sebenarnya jahat semata-mata.  Ini diibaratkan oleh Nabi SAW demikian;
"Dunia ini celaka dan semua perkara dalam dunia ini celaka,  kecuali Zikir Allah(mengenang Allah) dan apa-apa saja yang membantu(untuk mengingati Allah)
 
Bersambung dalam  MENGENAL AKHIRAT
MENGENAL AKHIRAT
Semua orang-orang yang percaya dengan Al-Qur'an dan Hadis mengetahui tentang kebahagiaan di Surga dan keazaban di Neraka yang akan dirasai di Akhirat kelak. Tetapi banyak orang yang tidak mengetahui adanya Surga dan Neraka Ruhaniah. Berkenaan Surga Ruhaniah ini,  Allah pernah berfirman kepada Nabinya;
"mata tidak pernah melihat,  telinga tidak pernah mendengar,  dan hati tidak pernah berfikir tentang perkara-perkara yang disediakan bagi orang-orang yang sholeh."
Dalam hati orang-orang yang diberi Nur (cahaya) oleh Allah s.w.t,  ada satu pintu yang terbuka menghadap kepada hakikat-hakikat Alam Keruhaniaan,  dan dengan itu ia tahu rasa pengalaman sebenarnya,  bukan omong-omong kosong saja atau kepercayaan yang turun-menurun,  berkenaan apa yang mendatangkan kerusakan dan apa yng mendatangkan kebahagiaan dalam Jiwa (ruh) sebagaimana terang dan pastinya doktor-doktor mengetahui apa yang menyebabkan sakit dan apa yang menyebabkan kesehatan pada badan. Dia tahu bahwa mengenal Allah dan ibadat itu adalah obat penawar;  dan jahat serta dosa itu adalah racun bisa kepada ruh.
Banyak orang,  bahkan orang-orang  "Alim",  oleh karena membabi buta menurut pendapat-pendapat orang lain,  tidak yakin sebenarnya dalam kepercayaan mereka berkenaan kebahagiaan dan azab ruh di Akhirat nanti.  Tetapi orang yang penuh keyakinan tanpa diganggui oleh perasangka akan mencapai keyakinan penuh dalam hal ini.
Manusia ada dua jiwa (Ruh) yaitu Ruh Kehewanan dan Ruh Insan (Ruh Keruhanian).   Ruh Keruhanian ini adalah tabiatnya bersifat malaikat.  Tempat duduk Ruh kehewanan  ialah hati.  Dari hati itu ruh ini keluar seperti uap halus dan meliputi semua anggota badan,  yang memberi dan penglihatan kepada mata,  dia mendengar kepada telinga,  dan dia pada tiap-tiap anggota yang lain untuk menjalankan tugasnya masing-masing.  Ruh ini bolehlah diibaratkan sebagai lampu rumah dalam sebuah rumah.  Cahayanya menyinari dinding rumah itu.  Hati itu ibarat sumbu lampu tersebut.  Apabila  minyak terputus karena sebab-sebab tertentu,   maka padamlah lampu itu.  Demikianlah juga matinya ruh binatang (ruh kehewanan) itu.
Berlainan dengan Ruh Keruhanian.  Ruh Keruhanian itu tidak boleh dipecah-pecah atau dibagikan-bagikan.  Dengan ruh inilah manusia mengenal Tuhannya.  Bolehlah dikatakan bahwa Ruh Keruhanian ini adalah penunggang ruh kehewanan itu.  Meskipun Ruh kehewanan mati dan hancur binasa,  namun Ruh Keruhanian itu tetap hidup dan tidak binasa.  Ruh keruhanian ini ibarat penunggang yang telah turun dari kudanya atau ibarat pemburu yang telah hilang senjatanya,  apabila seseorang itu meninggal dunia.  Kuda dan senjata itu diberi kepada ruh manusia itu supaya dengan itu ia dapat memburu dan menangkap Cinta dan Makrifat kepada Allah. Jika buruan tadi telah ditangkap, maka tidaklah ada sesal dan duka lagi.  Sebaliknya suka dan puas hatilah ia dan dapatlah ia meletakkan senjata dan kuda keletihan itu ke tepi  Berhubung dengan hal ini,  Nabi pernah dan bersabda,
"Mati itu adalah hadiah Allah kepada orang-orang mukmin."
Tetapi  sayang sekali,  seribu kali sayang bagi ruh yang kehilangan kuda dan senjata sebelum ia dapat menangkap barang buruan itu.  Tidaklah terkira lagi sesal dan dukanya.
Kita akan terangkan lebih lanjut bagaimana berbedanya Ruh Insan atau Ruh Keruhanian itu dari badan dan anggotanya.  Anggota badan mungkin lumpuh dan tidak berkerja lagi.   Tetapi ruh tidak rusak apa-apa.  Begitu juga badan sekarang ini,  tidak lagi badan kita semasa bayi dahulu,  bahkan berbeda langsung.  Tetapi keperibadian kita sekarang adalah serupa dengan keperibadian kita di masa bayi dahulu.   Nampaklah kepada kita betapa kekalnya ruh itu meskipun badan telah hancur binasa. Ruh ini kekal bersama dengan sifat-sifatnya yang tidak bersangkutan dengan badan seperti Cinta kepada Allah dan Makrifat Allah.  Inilah maksud Al-Quran,
"Perkara yang baik  itu kekal".
Tetapi jika kita meninggal dunia tidak membawa ilmu atau pengenalan tentang Allah (makrifat) dan sebaliknya mati dalam Jahil tentang Allah,  di mana Jahil itu adalah satu dari sifat penting juga,  maka teruslah kita dalam kegelapan ruh dan azab sengsara.  Sebab itu Al-Quran ada menyatakan:
"Siapa yang buta didunia ini akan buta juga di Akhirat, bahkan bertambah sesat lagi."(Al-Israil:72)
Sebab Ruh lnsan kembali ke Alam Tinggi itu ialah karena asalnya di sana dan tabiatnya bersifat kemalaikatan.  Ruh Insan itu dihantar ke alam rendah atau dunia ini,   berlawanan dengan kehendaknya,  dengan tujuan mencari pengetahuan dan pengalaman,  seperti firman Allah dalam Al-Qur'an;
"Pergilah kamu dari(Jannah) ini,  kemudian jika datang kepada kamu satu petunjuk daripadaKu,  maka barang siapa yang turut petunjuk itu,  tidaklah ia ketakutan atas mereka dan tidaklah mereka dukacita".
dan firman Allah lagi;
"Aku hembuskan pada manusia RuhKu"(Al-Hijr:29)
Ayat-ayat ini menunjukkan bahwa tempat asal Ruh Insan itu ialah dari Alam Tinggi sana.
Kesehatan Ruh Kehewanan atas keseimbangan bagian-bagian.  Apabila keseimbangan ini telah cacat,  maka dapat diperbaiki dengan obat-obat yang sesuai.   Maka begitu jugalah kesehatan Ruh Insan;  ia terdiri adakeseimbangan akhlak.  Keseimbangan akhlak ini dipelihara dan diperbaiki.   Dengan arahan-arahan kesusilaan(akhlak) dan ajaran akhlak.
Berkenaan wujudnya Ruh Insan ini di akhirat kelak,  maka kita telah tahu bahwa Ruh Insan itu adalah tidak terikat kepada badan.  Segala bantahan terhadap wujudnya ruh ini selepas mati adalah berdasarkan pada prasangka,  ia terpaksa mendapatkan semula badannya yang di dunia dulu yang telah hancur menjadi tanah.  Setengah orang menyangka Ruh Insan itu binasa setelah mati,  kemudian diwujudkan dan dihidupkan semula.  Tetapi ini adalah berlawanan dengan Akal dan juga Al-Qur'an.  Akal membuktikan bahwa mati itu tidak membinasakan hakikat seseorang itu dan Al-Qur'an mengatakan;
"Janganlah kamu berkira-kira bahwa orang-orang yang mati(gugur) di jalan Allah mati,  bahkan mereka itu hidup di sisi TuhanNya dengan mendapat rezeki" (Al-Imran:169)
Tidak ada satu perkataan pun tersebut dalam hukum berkenaan orang-orang yang mati itu telah binasa,  sama ada orang itu baik atau jahat, bahkan Nabi SAW.  pernah bertanya kepada Ruh orang-orang kafir yang terbunuh,  apakah mereka telah menjumpai hukum yang baginda katakan kepada mereka itu, benar atau bohong.   Apabila sahabat-sahabat Nabi bertanya kepada baginda apakah faedahnya bertanya kepada mereka yang telah mati,  baginda menjawab;
"Mereka mendengar kata-kataku lebih jelas dari kamu mendengarnya".
Ada juga orang-orang Sufi yang dibukakan hijab bagi mereka.  Maka nampaklah oleh mereka syurga dan neraka,  dalam keadaan mereka itu tidak sadar diri.  Setelah mereka sedar semula,  muka mereka menunjukkan apa yang mereka lihat itu,  apakah syurga atau neraka.  Jika muka mereka menunjukkan tanda-tanda gembira dan senang,  maka itulah tanda mereka telah melihat syurga.  Jika mereka seperti orang ketakutan dan cemas,  itulah tanda mereka melihat neraka.  Tetapi pandangan seperti ini tidaklah perlu untuk membuktikan apa yang akan terjadi itu kepada tiap-tiap orang yang berfikir,  yaitu apabila mati telah melepaskan inderanya pergi dan segalanya hilang kecuali peribadinya saja yang tinggal dan jika semasa di dunia ini ia sangat terikat kepada benda yang dipandang oleh indera saja seperti isteri,   anak,  harta-benda,  tanah,  uang ringgit, dan sebagainya,   maka tentu sekali ia akan terazab apabila semua itu telah hilang darinya.
Sebaliknya jika ia semampunya memalingkan mukanya dari segala benda di dunia dan menumpukan Cinta kepada Allah Taala,  maka jadilah mati itu sebagai cara melepaskan diri dari tanggapan dan kaitan dunia,  dan teruslah ia berpadu dengan Allah yang diCintainya.  Sebab itulah Nabi SAW.  pernah bersabda,
"Mati itu ialah jaminan yang menyambungkan sahabat dengan sahabat".
dan sabda beliau lagi;
"Dunia ini syurga bagi orang kafir,  tetapi penjara bagi orang mukmin".
Sebaliknya pula,  Azab sengsara yang dirasai oleh Ruh itu setelah mati adalah berpuncak dari terlalu kasih kepada dunia.  Nabi pernah mengatakan bahwa tiap-tiap orang kafir  setelah mati akan diazab oleh 99 ekor ular.   Tiap-tiap seekor ada sembilan kepala. Ada juga orang yang bodoh.   Mereka menggali kubur orang kafir dan melihat tidakpun ada ular di situ.   Mereka tidak sedar bahwa ular itu berada dalam Ruh si Kafir dan ular itu telah ada di situ bahkan sebelum ia mati lagi,  kerena ular itu adalah sebenarnya sifat-sifat jahat mereka sendiri.  Diperlambangkan yaitu sifat-sifat dengki,  benci,   menafiq,  sombong,  penipu dan lain-lain.  Semua itu secara langsung atau tidak langsung adalah karena terlampau Kasih Kepada Dunia.  Itulah akibat mereka yang digambarkan oleh Al-Qur'an dengan;  "Menumpukan hati mereka kepada dunia ini dan tidak ke akhirat".
Jika ular itu perkara di luar diri mereka,  bolehlah mereka lepas dari siksaan itu barang sebentar,  tetapi sebenarnya ular itu ialah sifat-sifat mereka sendiri.  Bagaimana mereka hendak melepaskan diri???.
Kita ibaratkan demikian;  Katalah seorang yang menjual hamba perempuan tanpa mengetahui bagaimana kasihnya ia kepada si hamba itu hinggalah hamba itu telah jauh darinya.  Lama kelamaan,  cintanya itu bertambah hebat dan kuat benar hingga mahulah ia menyiksa dirinya.  Cinta itu menyiksanya seperti seekor ular yang   telah menggigitnya hingga pengsan,  dan kemudian cuba menghumbankan dirinya ke dalam api atau terjun ke air untuk lari dari siksaan itu.  Demikianlah misalnya akibat kasih kepada dunia dan bagi mereka yang ada berperasaan itu selalu,  tidak sedar hinggalah ia meninggal dunia.  Maka kemudian itu siksaan rindu dam berahi yang sia-sia bertambah hebat hingga ia lebih suka menukarkannya dengan berapa banyak pun ular dan kala.
Oleh itu,  tiap-tiap orang berbuat dosa membawa bersamanya ke akhirat alat-alat penyiksaannya sendiri. Al-qur'an ada menerangkan;
"Sesunguhnya kamu akan melihat Neraka;  kamu akan melihatnya dengan mata yang yakin". (Al-Takatsur:07)
dan firman Allah Taala lagi;
"Neraka Jahanam meliputi orang-orang Kafir" (Al-Taubah:49)
Dia(Allah) tidak berkata;  "Akan meliputi mereka". karena liputan itu telah pun ada sekarang juga.
Mungkin ada orang yang membantah;  "Jika demikian keadaannya,  siapakah yang akan dapat melepaskan diri dari neraka,  karena sedikit sebanyak manusia itu pasti ada neraka di dunia?
Ikutilah jawapan yang menarik yang juga akan menyentuh perbincangan mengenai
"Neraka Keruhanian"
MENGENAL AKHIRAT
NERAKA KERUHANIAN
Petikan dari perbincangan yang lalu;
dan firman Allah Taala lagi;
"Neraka Jahanam meliputi orang-orang Kafir" (Al-Taubah:49)
Dia(Allah) tidak berkata;  "Akan meliputi mereka". karena liputan itu telah pun ada sekarang juga.
Mungkin ada orang yang membantah;  "Jika demikian keadaannya,  siapakah yang akan dapat melepaskan diri dari neraka,  karena sedikit sebanyak manusia itu pasti ada neraka kepada dunia?

Kami menjawab:
Ada juga orang,  khususnya Faqir.  Mereka ini melaksanakan kaitan cintanya kepada dunia.  Walaupun begitu,  ada juga orang yang beristeri,  beranak,   berumah-tangga dan lain-lain lagi;  walaupun mereka ada kaitan dengan semua itu,  namun Cinta mereka tehadap Allah tidak ada tandingan dan mereka lebih Cinta kepada Allah melebihi dari yang lain.
Mereka ini adalah seperti orang yang ada berumah-tangga di sebuah bandar yang dicintainya.  Tetapi apabila Raja atau Pemerintah memberinya jabatan untuk bertugas di bandar yang lain,  dia rela berpindah ke bandar itu karena jabatan itu lebih dicintai dari rumah-tangganya di bandar itu.  banyak Ambiya' dan Aulia yang sedemikian ini.
Sebilangan besar pula manusia yang ada sedikit Cinta kepada Allah,  tetapi sangat cinta kepada dunia.  Maka dengan itu mereka terpaksalah menerima  azab di akhirat  sebelum mereka dibersihkan dari karat-karat cinta kepada dunia itu.   Ramai orang yang mengaku Cinta kepada Allah,  tetapi seseorang itu harus menilainya dan menguji dirinya dengan memerhatikan kemanakah cenderung  lebih berat kalau perintah Allah bertentangan dengan kehendak nafsunya?  Orang yang mengatakan Cinta kepada Allah tetapi tidak dapat menahan dirinya darinya dan tidak patuh kepada Allah,  maka orang itu sebenarnya berbicara bohong.
Kita telah perhatikan di atas bahwa satu jenis Neraka Keruhanian ialah berpisah secara paksa dari keduniaan dengan keadaan itu sangat terkait dan terikat dengan keduniaan itu.   Banyak pula orang yang membawa dalam diri mereka,  kuman-kuman neraka seperti ini tanpa mereka sedari. Di akhirat kelak,   mereka akan rasai diri mereka seperti Raja yang diturunkan dari takhta kerajaan dan dijadikan alat gelak ketawa orang ramai,  pada hal sebelum ini mereka hidup dengan mewah dan senang lenang.
Jenis Neraka Keruhanian yang kedua ialah Malu;  yaitu apabila manusia itu tersedar dan melihat keadaan perbuatan yang dilakukan dalam keadaan hakiki yang sebenarnya tanpa selindung lagi.   Orang yang membuat fitnah akan melihat dirinya dalam bentuk orang yang memakan daging saudaranya sendiri;  dan orang yang Hasad dengki seperti yang melempar batu kepada tembok dan batu itu melantun ke belakang lalu mengenai mata anaknya sendiri.
Jenis neraka seperti ini,  yaitu Malu,  bolehlah dilambangkan dengan ibarat berikut.  Katakanlah seorang Raja merayai perkawinan anak lelakinya.  Di waktu petang,  orang muda itu pergi bersama sahabatnya berjalan-jalan  dan tidak lama kemudian kembali ke Istana(sebagimana yang disangkanya dalam keadaan mabuk).   Dia masuk ke sebuah Dewan di mana dian(lilin) sedang menyala.  Ia baring.   Disangkanya ia baring dekat isterinya.  Besoknya,  apabila ia sedar semula,  terperanjatlah ia apabila dilihatnya dirinya berada dalam Rumah Mayat orang-orang Majusi.  Tempat baringannya itu ialah usungan mayat itu dan bentuk orang yang disangkakan isterinya itu ialah sebnarnya mayat seorang perempuan tua yang mula hendak busuk dan reput.  Ia pun keluar dari Rumah Mayat itu dengan pakaian ang kotor dan rupa yang comot.  Alangkah malunya ia berjumpa dengan bapanya,  Raja itu bersama dengan pengiring-pengiringnya.  Demikianlah gambaran Malu yang dirasi di akhirat kelak oleh mereka yang di dunia ini Tamak Haloba dan menumpukan seluruh jiwa raga kepada apa yang mereka sangka sebagai keseronokan dan kenikmatan.
Nereka Keruhanian Yang Ketiga  ialah sesal dan putus asa dan gagal mencapai tujuan hidup yang sebenarnya. Manusia dijadikan untuk Mencerminkan Cahaya Makrifat Allah.  Tetapi jika ia kembali ke akhirat dengan jiwanya penuh mabuk dan karat hawa nafsu,  maka gagal lah ia mencapai matlamat atau tujuan hidupnya di dunia ini.   Sesalan atau putus asanya boleh digambarkan demikian.
Katalah seseorang melintasi hutan yang gelap bersama kawan-kawannya.  Di sana sini terlihat kilauan cahaya batu yang berwarna-warni.  Kawannya memungut batu itu dan menasihatnya supaya berbuat demikian juga.  Kawannya berkata,  "Batu ini sangat mahal harganya di tempat yang kita akan pergi sana".  Tetapi beliau mentertawakan mereka dan mengatakan mereka bodoh karena mengharapkan keuntungan yang sia-sia yang belum tentu lagi.  Dia pun terus berjalan.  Akhirnya mereka pun keluarlah dari hutan  yang gelap itu setelah berjalan beberapa lama.  Mereka dapati batu itu sebenarnya batu Delima,  Intan Berlian dan sangat bernilai dan berharga.  Alangkah sesal dan putus asanya ia karena tidak mahu mengutip batu-batu itu dahulu.  Begitulah ibaratnya orang yang sesal di kahirat kelak karena semasa mereka hidup di dunia ini mereka lalai dan tidak berusaha untuk mendapatkan intan permata   kebajikan dan perbendaharaan agama.
Perjalanan Insan melalui dunia ini bolehlah di-bahagi-bahagikan kepada empat peringkat;
·         Peringkat Nafsu;
·         Peringkat Percubaan;
·         Peringkat Naluri dan
·         Peringkat Berakal.

Dalam Peringkat Pertama,  manusia itu adalah ibarat kelkatu.   Meskipun ia ada penglihatan,  tetapi tidak ada ingatan. Ia terus membakar   dirinya berkali-kali ke dalam api lampu yang sama itu juga.
Dalam Peringkat Kedua, ia adalah ibarat anjing , apabila dipukul sekali akan lari apabila melihat kayu selepas itu.
Dalam Peringkat Ketiga,   manusia itu ibarat kuda  atau biri-biri.  Kedua-duanya akan lari secara naluri,  apabila melihat singa atau serigala;  karena haiwan itu adalah musuhnya semula jadi.  Tetapi meeka tidak lari apabila melihat unta atau lembu,  meskipun binatang-binatang itu lebih besar dari badannya.
Dalam Peringkat Keempat, manusia itu melampaui perbatasan binatang dan boleh sedikit sebanyak melihat ke hari muka dan bersedia untuk hari yang akan datang.
Pergerakannya mula-mula bolehlah diumpamakan seperti berjalan di atas tanah,   kemudian mengembara atas lautan dalam kapal,  kemudian ia mengenal hakikat-hakikat hingga dapat berjalan di atas air lait.  Di atas peringkat itu ada satu taraf lagi yang diketahui oleh Ambiya dan Aulia Allah;  kemajuan mereka diibaratkan sebagai burung terbang.
Oleh yang demikian,  manusia dapat wujud dalam beberapa peringkat dari binatang hingga ke Malaikat.  Di sini juga terletak bahayanya,  yaitu mungkin terjatuh ke taraf yang paling bawah dan rendah.  Dalam Al-Qur'an ada termaktub,
"Kami jadikan beban itu(yaitu tanggungjawab atau kebebasan memilih) kepada langit dan bumi dan gunung-ganang,   mereka itu enggan menerimanya,  tetapi manusia menerimanya.  Sesungguhnya manusia itu zholim".  (Al-ahzab:72)
Binatang dan Malaikat tidak dapat menukar peringkat atau pangkat yang ditetapkan kepada mereka,  tetapi manusia boleh turun ke tempat atau peringkat yang paling bawah,   atau pun naik ke peringkat Malaikat. Inilah maksud "beban" yang dimaksudkan itu. Kebanyakan manusia memilih tempat dalam dua peringkat yang bawah seperti tersebut dahulu.  Tempat yang tetap selalunya tidak disukai oleh orang yang mengembara.
Kebanyakan mereka dalam peringkat atau kelas yang bawah itu karena tidak ada kepercayaan yang penuh dan tetap tentang hari Akhirat itu.  Kata mereka,  Neraka itu adalah rekaan orang-orang Agama sahaja untuk menakut-nakutkan orang ramai,  dan mereka pandang hina terhadap orang-orang Agama.  Untuk bertengkar dengan mereka ini tidaklah berguna.  Cukuplah bertanya kepada mereka demikian untuk membuat mereka merenung sebentarnya;
"Adakah kamu anggap 124, 000 orang Nabi dan juga Aulia Allah itu semuanya percaya dengan Hari Akhirat itu semuanya salah dan kamu itu sahaja yang betul?".
Jika ia menjawab,  "Ya,  saya percaya sebagaimana percaya saya dua itu lebih dari satu.  Saya penuh yakin tidak ada Ruh dan tidak ada bahagia dan hidup sengsara di Hari Akhirat".
Maka orang seperti itu tidak ada harapan lagi.  Biarkanlah mereka di situ.   Kenanglah nasihat Al-Qur'an;
"Meskipun kamu ajak mereka ke jalan yang benar,  namun mereka tidak akan menerimanya"  (Al-Kahfi:57)
Tetapi sekiranya orang itu berkata bahwa hidup di Akhirat itu adalah satu kemungkinan tetapi doktrin(kepercayaan) itu penuh dengan keraguan dan kesulitan.  Maka tidaklah mungkin untuk membuat keputusan sama ada perkara itu betul atau tidak.  Maka bolehlah dikatakan kepadanya;
"Lebih baik kamu fikirkan.  Kalau kamu lapar hendak makan dan tiba-tiba ada orang berkata kepadamu dalam makanan itu ada racun yang diludahkan oleh seekor ular yang bisa.  Kamu mungkin enggan memakan makanan itu dan kamu rasa lebih baik tahankan sahaja lapar itu,   meskipun orang yang berkata itu mungkin berbohong atau melawak sahaja".
Atau pun katalah kamu sedang sakit dan seorang pembuat Azimat berkata;
"Beri saya RM1.00 dan saya boleh tuliskan satu Azimat untuk kamu gantung pada leher dan Azimat itu akan menyembuhkan sakitmu".
Mungkin kamu memberi orang itu wang untuk membuat Azimat itu dengan harapan mendapat faedah dari Azimat itu.  Atau jika seorang ahli Nujum berkata;
"Apabila bulan masuk ke falak bintang yang tertentu,  minumlah sekian-sekian ubat,  maka sembuhlah kamu".
Meskipun tidak percaya dengan Ilmu Nujum,  namun kamu mungkin mencubanya dengan harapan supaya disembuhkan.  Tidakkah kamu terfikir bahwa adalah lebih baik bergantung kepada cakap-cakap Ambiya',   Auliya' dan orang-orang Sholeh itu tentang Hari Akhirat itu lebih baik daripada percaya akepada penulis Azimat atau Ahli Nujum? Ada orang yang belayar dalam kapal merempuh lautan yang penuh ombak gelombang yang menelan manusia semata-mata dengan tujuan untuk mendapat keuntungan yang sedikit,  kenapa pula kamu tidak kamu berkorban sedikit pun di dunia ini karena untuk kebahgiaan yang abadi di Akhirat kelak?
Pernah Sayyidina Ali berkata kepada seorang Kafir;  "Jika pendapat kamu betul,  kedua kita akan teruklah di Akhirat kelak,  tetapi jika kami betul,  maka terlepaslah kami dan kamulah yang akan menderita". Beliau berkata demikian bukan karena beliau ragu-ragu,   tetapi semata-mata untuk menyedarkan orang Kafir itu.
Dari apa yang kita baca di atas itu,  maka tahulah kita bahwa tugas utama hidup manusia di dunia ini ialah untuk membuat persediaan bagi Akhirat.   Walaupun seorang itu ragu dan waham tentang hidup di Akhirat itu,  Akal mencadangkan supaya orang itu bertindak seolah-olah ianya ada,  memandangkan perkara-perkara besar yang akan ditempuh kelak.  Selamat sejahteralah mereka yang menurut ajaran Allah dan RasulNya.
Memeriksa Diri Sendiri & Mengingat Allah
Ketahuilah wahai saudaraku,  dalam Al-Qur'an Allah berfirman,   lebih kurang maksudnya,
"Kami akan adakan pertimbangan yang adil pada hari berbangkit,  dan tidak ada jiwa yang dizalimi sedikit pun.   Barangsiapa yang berbuat sebesar zarah kejahatan atau kebaikan,   akan melihatnya".
Termaktub juga dalam Al-Qur'an firman yang berbunyi lebih kurang maksudnya;
"Biarlah tiap-tiap jiwa melihat apa yang dibawanya kehari perhitungan".
Khalifah Umar ada berkata,  "perhitunglah dirimu sebelum engkau diperhitungkan".
Allah berfirman lebih kurang maksudnya,
"Wahai orang-orang yang beriman,  sabarlah dan lawanlah hawa nafsumu,  dan teruskanlah perjuangan itu dengan gagah".
Wali-wali Allah sentiasa mengetahui bahawa mereka datang ke dunia ini untuk menjalankan pengembaraan keruhanian,  yang akibatnya ialah rugi atau untung yang merupai neraka atau syurga.  Sentiasalah mereka itu berwaspada terhadap kehendak-kehendak jasamaniah (badan) yang diibaratkan sebagai rakan perkongsian dalam perniagaan yang bersifat jahat dan bila-bila masa ia boleh mendatangkan kerugian kepada perniagaan itu.  Sebenarnya bijaklah orang itu iaitu orang yang mahu merenung sebentar selepas sembahyang subuh memikirkan hal dirinya dan berkata kepada jiwanya;
"Wahai jiwaku,   engkau hanya hidup sekali.  Tiap-tiap saat yang berlalu tidak akan datang lagi dan tidak akan dapat diambil kembali kerana di Hadirat Allah Subhanahuwa Taala,    bilangan nafas turun naik yang dikurniakan kepada engkau itu telah ditetapkan dan tidak boleh ditambah lagi.  Inilah perjalanan hidup dalam dunia hanya sekali,   tidak ada kali yang kedua dan seterusnya.  Oleh itu,  apa yang engkau hendak buat,  buatlah sekarang.  Anggaplah seolah-olah hidupmu telah berakhir,   dan hari ini adalah hari tambahan yang diberi kepada engkau dengan kurnia Allah Subhanahuwa Taala jua.  Alangkah ruginya membiarkan hari ini berlalu dengan sia-sia.   Tidak ada yang lebih rugi dari itu lagi."
Di hari berbangkit di akhirat kelak,  seseorang itu akan melihat semua waktu hidupnya di dunia ini tersusun seperti susunan peti harta dalam satu barisan yang panjang.
·         Pintu sebuah daripada peti itu terbuka dan kelihatanlah penuh dengan cahaya:  Ini menunjukkan waktu yang dipenuhinya dengan membuat amalan yang sholeh.  Hatinya akan berasa seronok dan bahagia sekali,  bahkan sedikit sahaja rasa bahagia itu pun sudah cukup membuat penghuni neraka lupakan api neraka yang bernyala itu.
·         Kemudian peti yang kedua terbuka,  maka terlihatlah gelap gelita di dalamnya.  Dari situ keluarlah bau busuk yang amat sangat hingga orang terpaksa menutup hidungnya:  Ini menunjukkan waktu yang dipenuhinya dengan amal maksiat dan dosa.  Maka akan dirasainya azab yang tidak terhingga bahkan sedikit saja pun dari azab itu sudah cukup menggusarkan ahli syurga.
·         Selepas itu terbuka pintu peti yang ketiga,  dan kelihatanlah kosong saja,  tidak ada gelap dan tidak ada cahaya di dalamnya:  Inilah melambangkan waktu yang dihabiskannya dengan tidak membuat amalan sholeh dan tidak juga membuat amalan maksiat dan dosa.  Ia akan merasa sesal dan tidak tentu arah seperti orang yang ada mempunyai harta yang banyak membiarkan hartanya terbuang dan lepas begitu saja dengan sia-sia.
Demikianlah seluruh waktu yang dijalannya itu akan dipamerkan kepadanya satu lepas satu.  Oleh yang demikian,  seseorang itu hendaklah berkata kepada jiwanya tiap-tiap pagi;
"Allah telah mengurniakan engkau dua puluh empat jam peti harta.  Berhati-hatilah mengawasinya supaya jangan kehilangan,  kerana engkau tidak akan boleh menanggung rasa kesal yang amat sangat jika engkau kehilangan harta itu".
Aulia Allah ada berkata,
"Walaupun sekiranya Allah mengampuni kamu,  setelah hidup disia-siakan,  kamu tidak akan mencapai pangkat orang-orang yang Sholeh dan pasti kamu akan ratapi dan tangisi kerugianmu itu.   Oleh itu jagalah lidahmu,  matamu dan tiap-tiap anggota mu yang tujuh itu kerana semua itu mungkin menjadi pintu untuk menuju ke Neraka".
Katakanlah kepada badanmu;  "Jika kamu memberontak,  sesungguhnya kamu akan kuhukum";  kerana meskipun badan itu degil,  ia boleh menerima arahan dan boleh dijinakkan dengan zuhud".  Demikianlah tujuan memeriksa atau memperhitung diri sendiri.    Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda;
"Berbahgialah orang yang beramal sekarang apa yang menguntungkannya di akhirat kelak".
Maka sekarang kita masuk pula kepada bahagian berkenaan dengan ZikiruLlah(mengenang atau mengingati Allah).  Ini ialah seseorang itu hendaklah ingat bahawa Allah Melihat dan Memerhatikam semua lakuan dan fikirannya.  Manusia hanya melihat yang zhohir sahaja,  tetapi Allah Melihat zhohir dan batinnya seseorang itu.  Orang yang percaya dengan ini sebenarnya dapatlah ia menguasai dan mendisiplinkan zhohir dan bathinnya.  Jika ia tidak percaya ini,  maka KAFIRLAH ia.  Jika ia percaya tetapi ia bertindak berlawanan dengan kepercayaan itu,   maka salah besarlah ia.
Suatu hari,  seorang Negro menemui Nabi SAW. dan berkata;  "Wahai Rasulullah!  Saya telah melakukan banyak dosa.  Adakah taubatku diterima atau tidak?". Nabi SAW.  menjawab; "Ya".  Kemudian Negro itu berkata lagi;  "Wahai Rasulullah!  Setiap kali aku membuat dosa adakah Allah Melihatnya?".  Nabi SAW.  menjawab lagi;  "Ya"
Negro itu pun menjerit lalu mati.   Sehingga seseorang itu benar-benar percaya bahawa ia sentiasa dalam pemerhatian Allah,  maka tidaklah mungkin baginya membuat amalan yang baik-baik.
Seorang Sheikh ada seorang murid yang lebih disayanginya daripada murid-murid yang lain.  Dengan itu murid-murid yang lain itu pun berasa dengki kepada murid yang seorang itu.  Suatu hati Sheikh itu memberi tiap-tiap seorang murid itu seekor ayam dan menyuruh mereka menyembelih ayam itu di tempat yang tidak ada seseorang pun melihat ia menyembelih itu.  Maka pergilah mereka tiap-tiap seorang membawa seekor ayam ke tempat yang sunyi dan menyembelih ayam di situ.  Kemudian membawanya kembali kepada Sheikh mereka.  Semuanya membawa ayam yang telah disembelih kepada Sheikh mereka kecuali seorang iaitu murid yang  lebih disayangi oleh Sheikh itu.  Murid yang seorang ini tidak menyembelih ayam itu.  Ia berkata; "Saya tidak menjumpai tempat yang dimaksudkan itu kerana Allah di mana-manapun Melihat". Sheikh itu pun berkata kepada murid-murid yang lain;  "Sekarang sekelian telah lihat sendiri peringkat pemuda ini.  Dia telah mencapai ke taraf ingat sentiasa kepada Allah".
Apabila Zulaiha cuba menggoda Nabi Yusof,  ia menutup dengan kain muka sebuah berhala yang selalu disimpannya.  Nabi Yusof berkata kepadanya;
 "Wahai Zulaiha,   adakah kamu malu dengan batu?  sedangkan dengan batu engkau malu,  betapa aku tidak malu dengan Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi".
Ada seorang datang berjumpa dengan Juanid dan berkata;  "Saya tidak dapat menghindarkan mataku daripada melihat perkara-perkara yang membawa dosa.   Bagaimanakah saya hendak mengawalnya?".  Junaid menjawab; "Dengan cara ingat iaitu Allah Melihat kamu lebih jelas dan terang lagi daripada kamu melihat orang lain".
Dalam hadis ada diterangkan bahawa Allah ada berfirman seperti demikian;
"Syurga itu ialah bagi mereka yang bercadang hendak membuat sesuatu dosa,  dan kemudian mereka ingat bahawa Aku sentiasa Memandang mereka,  lalu mereka pun menahan diri mereka".
Abdullah Ibnu Dinar meriwayatkan;
"Satu ketika saya berjalan dengan Khalifah Omar berhampiran kota Mekah.  Kami bertemu dengan seorang gembala yang sedang membawa gembalaannya.  Omar berkata kepada gembala itu;  "Jualkan pada saya seekor kambing itu".  Gembala itu menjawab;  "Kambing itu bukan saya punya,  tuan saya yang mempunyainya."  Kemudian untuk mencubanya,  Omar berkata;   "Baiklah,  kamu katakanlah kepada tuanmu bahawa yang seeekor itu telah dibaham oleh serigala".   Budak gembala itu menjawab; "Tidak,   sesungguhnya tuan saya tidak tahu tetapi Allah Mengetahuinya". Mendengar jawapan budak gembala itu,  bertitisanlah air mata Omar.  Beliau pun pergi berjumpa dengan tuan budak gembala kambing itu lalu membelinya dan membebaskannya.   Beliau berkata budak itu;  "Kerana kata-katamu itu,  engkau bebas dalam dunia dan akan bebas juga di akhirat kelak".
Ada dua darjat berkenaan Zikir Allah(mengenang Allah) ini.  Darjat pertama ialah darjat Aulia Allah.  Mereka  bertafakur dan tenggelam dalam tafakur mereka dalam mengenang Keagungan dan Kemuliaan Allah. dan tidak ada tempat langsung dalam hati mereka untuk 'gairuLlah"(selain dari Allah).  Ini adalah darjat zikir Allah yang bawah,   kerana apabila hati seseorang itu telah tetap dan anggotanya dikontrol penuh oleh hatinya hingga mereka dapat mengalwal mereka dari perkara-perkara yang halal pun,   maka tidak perlulah lagi ia sebarang alat atau penahan untuk menghalang dosa.   Maka kepada zikir Allah seperti inilah Nabi Muhammad (S.W.T) maksudkan apabila ia berkata,
"Orang yang bangun pagi-pagi dengan hanya Allah dalam hatinya,  Allah akan memeliharanya didunia dan diakhirat."
Setengah daripada mereka golongan ini sangat asyik dan tenggelam dalam mengenang dalam mengingati Allah hinggakan kalau ada orang bercakap kepada mereka tidaklah mereka dengar,   kalau orang berjalan dihadapan mereka tidaklah mereka nampak.  Mereka seolah-olah diam seperti dinding.  Seseorang Wali Allah ada berkata demikian:   "Suatu hari saya melintasi tempat ahli-ahli pemanah sedang bertanding memanah.   Tidak berapa jauh dari situ ada seoarang duduk seseorang diri.  Saya pergi kepadanya dan cuba hendak berbual dengannya.
·         Tetapi ia menjawab,  "Mengenang Allah itu labih baik dari berbual".
·         Saya bertanya,  "tidakkah kamu merasa keseorangan?"
·         "Tidak"  jawabnya, "Allah dan dua orang malaikat ada bersamaku".
·         Saya bertanya kepada beliau sambil menunjukkan kepada pemanah-pemanah itu, "Antara mereka itu,  yang manakah akan menang?"
·         Beliau menjawab,  "Yang itu,  Allah telah beri kemenangan  kepadanya."
·         Kemudian saya bertanya, "dari manakah datangnya jalan ini?"
·         Mendengar itu,  ia merenung ke langit lalu berdiri dan pergi sambil berkata,  "Oh Tuhan!  Banyak hamba-hambamu mengganggu seseorang itu dalam mengingatimu!"
Seorang wali Allah bernama Syubli satu hari pergi berjumpa seorang sufi bernama Thauri.   Beliau lihat Thauri duduk dengan berdiam diri dalam tafakkur hingga sehelai bulu romanya pun tidak bergerak.  Syubili bertanya kepada Thauri,  "Daripada siapa anda berlajar latihan bertafakkur dengan diam diri seperti itu?"  Suri menjawab, "Daripada seekur kucing yang saya lihat menunggu di lubang tikus.  Kucing itu lebih tetap dan diam lagi daripada ini."
Ibn  Hanif meriwayatkan:
"Saya diberitahu bahawa di Bandar Thur ada seorang Syeikh dan muridnya sentiasa duduk dan tenggelam dalam zikir Allah.  Saya pergi ke situ dan saya dapati kedua orang itu duduk dengan muka mereka menghadap ke kiblat.  Saya memberi salam kepada mereka tiga kali.  Tetapi mereka tidak menjawab.  Saya berkata,   "Dengan nama Allah saya minta tuan-tuan menjawab salamku".  Pemuda itu mengangkat kepalanya dan menjawab,
"Wahai Ibn Hanif! dunia ini untuk sebentar waktu sahaja,  dan yang sebentar itupun tinggal lagi sedikit sahaja.  Anda mengganggu kami kerana meminta kami menjawab salammu itu".
Kemudian dia menundukkan kepalanya semula dan terus mendiamkan diri.  Saya rasa lapar dan dahaga pada masa itu,  tetapi dengan memandang mereka itu saya lupa pada diri saya.  Saya terus bersama mereka dan sembahyang Zohor dan Asar bersama mereka.   Saya minta mereka memberi nasihat kepada saya berkenaan kerohanian ini.   Pemuda itu menjawab,  "Wahai Ibni Hanif,  kami merasa susah;  kami tidak ada lidah yang memberi nasihat itu." Saya terus berdiri di siti tiga hari tiga malam.  Kami tidak bercakap antara satu sama lain,  dan tidak tidur.   Kemudian saya berkata kepada diri saya sendiri,  saya akan pohon kepada Allah supaya mereka menasihati saya."  Pemuda itu mengangkat kepalanya dan berkata,
"Pergilah cari orang seperti itu,  ia akan dapat membawa Allah kepada ingatan anda dan melengkapkan rasa takut kepada hatimu,  dan ia akan memberi anda nasihat yang disampaikan secara diam tanpa sebarang cakap."
Demikianlah zikir Allah para Aulia iaitu melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan dalam Mengenang Allah.  Zikir Mengenang Allah (zikir Allah) yang kedua ialah zikirnya "golongan kanan" iaitu yang disebut dalam Quran sebagai Ashabul   Yamin.  Mereka ini tahu dan kenal bahawa Allah sangat mengetahui terhadap mereka dan mereka merasa tunduk dan tawaduk di Hadirat Allah SWT tetapi tidaklah sampai mereka melenyap dan menenggelamkan fikiran dan khayalan mereka dalam mengenang Allah sahaja sehingga tidak peduli keadaan keliling mereka.  Mereka sedar diri mereka dan sedar terhadap alam ini.  Keadaan mereka adalah seperti seorang yang terkejut kerana didapati berkeadaan bertelanjang dan cepat-cepat menutup aurat mereka.
Golongan yang lagi satu dulu adalah seperti orang yang tiba-tiba mendapati diri mereka di majlis raja yang besar lalu ia merasa tidak tentu arah dan merasa takjub.
Golongan yang mula-mula itu memeriksa terlebih dahulu apa yang memasuki hati mereka dengan rapi sekali,  kerana di hari kiamat kelak tiga soalan akan ditanya terhadap tiap-tiap lakuan.  Dan tindakan yang telah dilakukan.
·         Yang pertama:  "Kenapa kamu buat ini?"
·         Kedua:  "Dengan cara apa kamu membuat ini?";  dan
·         Ketiga:  "Untuk tujuan apa kamu melakukan ini?".
o    Yang pertama itu disoal kerana seseorang itu hendaklah bertindak dari niat dan dorongan Kutahanan dan bukan dorongan Syaitan dan hawa nafsu.
o    Jika soalan itu dijawab dengan memuaskan hati,  maka diadakan ujian kedua iaitu soalan secara mana tindakan itu dilakukan dengan bijak,  dengan cuai,  atau dengan cara tidak peduli apa.
o    Yang ketiga,  sama ada lakuan dan tindakan itu kerana Allah semata-mata atau kerana hendakkan sanjungan manusia.
Jika seseorang itu memahami makna soalan-soalan ini,  maka ia tentu berhati-hati sekali terhadap keadaan hatinya dan bagaimana ia melawan fikiran yang mungkin menimbulkan tindakannya.  Sebenarnya memilih dan menapis fikiran dan khayalan itu sangatlah susah dan rumit.  Barangsiapa yang tidak sanggup membuatnya hendaklah pergi berguru dengan orang-orang  keruhanian.   Mengaji dan berguru dengan mereka itu dapat mendatangkan cahaya ke dalam hati.   Dia hendaklah menjauhkan diri dari orang-orang alim kedunian kerena mereka ini adalah alat atau ujian syaitan.
Allah berfirman kepada Nabi Daud a.s.;
"Wahai Daud,   janganlah bertanya kepada orang Alim yang mabuk dalam cintanya kepada dunia,   keran mereka akan merampas dari kamu perasaan Cinta terhadapKu".
Nabi Muhammad SAW.  pernah bersabda;
"Allah kasih kepada orang yang tajam matanya terhadap perkara-perkara yang menimbulkan syak-wasangka dan tidak membiarkan akalnya diganggui oleh serangan hawa nafsu".
Akal dan pilihan sangat berkait rapat,  dan orang yang akalnya tidak menguasai hawa nafsu tidak akan dapat memilih yang baik dari yang jahat.
Di samping membuat pilihan dan berhati-hati sebelum bertindak,  maka seseorang itu hendaklah menghitung dan menyedari apa yang telah dilakukannya dahulu.  Tiap-tiap malam periksalah hati itu dan lihatlah apa yang telah dilakukan dan sama ada telah untung atau rugi dalam perniagaan keruhaniaan ini.  Ini adalah penting kerana hati itu ibarat rakan perniagaan yang jahat yang sentiasa hendak menipu dan mengilat.   Kadang-kadang ia menunjukkan diri jahatnya itu.  Sebaliknya topeng taat kepada Allah,  agar manusia menganggap ia telah beruntung tetapi sebenarnya ia telah rugi.
Seorang Wali Allah bernama Amiya yang berumur 60 tahun telah mengira berapa hari umurnya.  Maka didapti umurnya ialah selama 21, 600 hari semua sekali.  Beliau berakata kepada dirinya sendiri;
"Aduhai!  jika saya telah melakukan satu dosa sehari,  bagaimana saya hendak lari dari beban 21, 600 dosa?".
Beliau menjerit dan terus rebah.  Apabila orang datang hendak mengangkatkannya,   mereka telah dapati beliau telah meninggal dunia.  Tetapi malang,   kebanyakan orang telah lupa.  Mereka tidak memperhitung diri mereka sendiri.   Jika tiap-tiap satu dosa itu diibaratkan sebiji batu,  maka penuhlah sebuah rumah dengan batu itu.  Jika malaikat Kiraman Kaatibin meminta gaji kerana menulis dosa yang seseorang itu telah lakukan,  maka tentulah habis wangnya bahkan tidak cukup untuk membayar gaji mereka itu.  Orang berpuas hati membilang biji tasbih sambil berzikir nama Allah,  tetapi mereka tidak ada biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang telah diucapkannya.  Oleh kerana itulah, Khalifah Omar berkata;
"Timbanglah perkataan dan perbuatanmu sekarang sebelum ia dipertimbangkan di akhirat kelak".
Beliau sendiri sebelum pergi tidur malam hari memukul kakinya dengan comtar sambil berkata; "Apa yang telah engaku buat hari ini?".
Suatu hari Thalhah sedang sembahyang di bawah pohon-pohon kurma dan terpandang olehnya seekor burung yang jinak berterbangan di situ.  Kerana memandang burung itu beliau terlupa berapa kalikah beliau sujud.  Untuk menghukum dirinya kerana kelalaian itu,   beliau pun memberi pohon-pohon khurma itu kepada orang lain.
Aulia Allah mengetahui hawa nafsu mereka itu selalu membawa kepada kesesatan.   Oleh itu mereka berhati-hati benar dan menghukum diri mereka setiap kali mereka telah terlanggar batas.
Jika seseorang itu mendapati diri mereka telah terjauh dan menyeleweng dari sifat zuhud dan disiplin diri,  maka sepatutnya beliau belajar dan meminta nasihat dari orang yang pakar dalam latihan keruhanian,  supaya hati lebih bersemangat kepada sifat zuhud,  disiplin diri dan akhlak yang suci itu.
Seorang Wali Allah pernah berkata,
"Apabila saya berasa merosot dalam disiplin diri,  saya akan melihat Muhammad bin Abu Wasi,  dan melihat beliau itu bersemagatlah hatiku sekurang-kurangnya seminggu".
Jika seseorang itu tidak dapat seseorang yang zuhud di sekitarnya,  maka eloklah mengkaji riwayat Aulia Allah.  Elok juga ia menasihat jiwanya seperti demikian;
"Wahai jiwaku!  engkau fikir diri kau cerdik pandai dan engkau marah jika disebut bodoh.  apakah engkau ini?  Engkau sediakan kain baju untuk melindungi sejuk tetapi tidak bersedia untuk kembali ke akhirat.
 Keadaanmu adalah seperti orang dalam musim sejuk berkata;
"Aku tidak pakai pakaian panas,  cukuplah aku bertawakkal kepada Allah untuk melindungi aku dari sejuk".
Dia telah lupa bahawa Allah di samping menjadikan sejuk itu ada juga memberi petunjuk kepada manusia bagaimana membuat pakaian untuk mengelakkan dari sejuk dan dingin;   dan disediakan alat dan bahan-bahan untuk membuat pakaian itu.  Ingatlah jiwa!   hukuman kepadamu di akhirat kelak bukanlah kerana Allah murka kerana tidak patuhmu;   dan janganlah berkata;
"Bagaimana pula dosaku boleh menyakiti Allah?
Adakah hawa nafsumu sendiri yang menyalakan api neraka di dalam dirimu sendiri;   seperti orang yang memakan makanan yang membawa penyakit.  adalah penyakit itu tejadi dalam badan  manusia,  dan bukan kerana doktor marah kepadanya kerana tidak mematuhi perintahnya.
"Tidak malukah kamu wahai jiwa!  kerana kamu sangat cenderung kepada dunia!!!.  Jika kamu tidak percaya dengan Syurga dan Neraka,  maka sekurang-kurangnya percayalah kepada mati yang akan merampas dari kamu semua keseronokkan kedunian dan membuat kamu merasa kepayahan berpisah dari dunia ini.  Semakin kuat perkaitanmu kepada dunia,  maka semakin pedihlah yang kamu rasai.
Apakah dunia ini bagimu?  Jika seluruh dunia ini dari Timur ke Barat kepunyaanmu dan menyembahmu,  namun itu tidaklah lama.  Akan semuanya hancur jadi abu bersama dirimu sendiri dan namamu makin lama makin dilupakan;   seperti Raja-raja yang dahulu sebelum kamu.  Setelah kamu  melihat bagaimana kecil dan kerdilnya kamu di dunia ini,  maka kenapa kamu beriya-ya benar dan bergila-gila benar menjual keseronokan dan kebahagiaan yang abadi dan memilih kebahagian yang sementara seperti menjual intan berlian yang mahal untuk mendapatkan kaca yang tidak berharga,  dan menjadikan kamu bahan ketawa orang lain?"
TANDA-TANDA 
CINTA KEPADA ALLAH

Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala.  Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.
Ujian pertama ialah;  Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.  Nabi Muhammad saw bersabda;
"Siapa yang ingin melihat Allah,  Allah ingin melihat dia."
Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat,   tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.
Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah.  Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.   Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah,  hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:  "Saya tidak cinta kepadaNya",  maka kamu kafir dan jika kamu berkata,  "Saya cinta",  maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."
Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar,  kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat.   Sekiranya cinta itu sempurna,  ia tidak akan lupa yang dicintainya itu.   Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu,  maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua,  kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.
Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran,  iaitu Kalam Allah,  dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah.   Jika cintanya benar-benar kuat,  ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah.  Bahkan cintanya meliputi semua makhluk,  kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.
Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu.  Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna.  Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Janganlah terlampau karib dengan manusia,  kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu:   iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu;  dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku.  Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."
Pada hakikatnya,  jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu,  maka cintanya kepada yang  lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu.  Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali,  dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu.  Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu,  Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar,  tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.
Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali.  Seorang Wali Allah ada berkata,
"Dalam tiga puluh tahun  yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali,   tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya."  Apabila cinta kepada Allah itu sempuna,  maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.
Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah.   Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri."  Suatu masa,  Nabi bertanya kepada Allah,  "Wahai Tuhan,  siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya,  mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya,  dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."
MEMANDANG ALLAH
Cinta kepada Allah ini adalah perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir.  Kita telah bercakap berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalang cinta kepada Allah dalam hati manusia,  dan kita telah bercakap berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu.
Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini.  Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya.  Kalau pun tidak dapat seluruhnya,  maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.
Sebenarnya mengetahui Cinta Ilahi ini bukanlah satu perkara yang senang sehingga ada satu golongan orang bijak pandai ugama yang langsung menafikan cinta kepada Allah atau Cinta Ilahi itu.  Mereka tidak percaya manusia boleh Mencintai Allah Subhanahuwa Taala kerana Allah itu bukanlah sejenis dengan manusia.  Kata mereka;    maksud Cinta Ilahi itu adalah semata-mata tunduk dan patuh kepada Allah sahaja.
Sebenarnya mereka yang berpendapat demikian itu adalah orang yang tidak tahu apakah hakikatnya ugama itu.
Semua orang Islam bersetuju bahawa cinta kepada Allah (cinta Allah) itu adalah satu tugas.  Allah ada berfirman berkenaan dengan orang-orang mukmin;
"Allah Cinta kepada mereka dan mereka Cinta kepada Allah".
Nabi pernah bersabda;
"Belum sempurna imam seseorang itu hingga ia Mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain".
Apabila malaikat maut datang hendak mengambil nyawa Nabi Ibrahim,  Nabi Ibrahim berkata,  "Pernahkah engkau melihat sahabat mengambil nyawa sahabat?" Allah berfirman,  "Pernahkah engkau melihat sahabat tidak mahu melihat sahabatnya?"  Kemudian Nabi Ibrahim berkata,  "Wahai Izrail!  Ambillah nyawaku!"
Doa ini diajar oleh Nabi kepada sahabatnya;
"Ya Allah,   kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu,   dan apa saja yang membawa aku hampir kepada CintaMu,  dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga."
Hasan Basri ada berkata;
"Orang yang kenal Allah akan Mencintai Allah,  dan orang yang mengenal dunia akan benci kepada dunia itu".
Sekarang marilah kita bincangkan pula berkenaan keadaan cinta itu.  Bolehlah ditaarifkan bahawa cinta itu adalah kecenderungan kepada sesuatu yang seronok atau nyaman.   Ini nyata sekali pada dari yang lima (pancaindera) iaitu tiap-tiap satunya mencintai apa yang memberi keseronakkan atau kepuasan kepadanya.  Mata cinta kepada bentuk-bentuk yang indah.  Telinga cinta kepada bunyi-bunyinya yang merdu,  dan sebagainya.  Inilah jenis cinta yang kita ada dan binatang pun ada.
Tetapi ada dari yang keenam atau keupayaan pandangan yang terletak dalam hati,   dan ini tidak ada pada binatang.  Dengan melalui inilah kita mengenal keindahan dan keagungan keruhanian.  Oleh itu,  mereka yang terpengaruh dengan kehendak-kehendak jasmaniah dan kedunian saja tidak dapat mengerti apa yang dimaksudkan oleh Nabi apabila baginda berkata bahawa baginda cinta kepada sembahyang melebihi dari cintanya kepada perempuan dan bau harum wangi,  meskipun perempuan dan wangi-wanginya itu disukai juga oleh baginda.  Tetapi siapa yang mata batinnya terbuka untuk   melihat keindahan dan kesempurnaan Ilahi akan memandang rendah kepada semua perkara-perkara yang zhohir walau bagaimanapun cantiknya sekalipun.
Orang yang memandang zhohir saja akan berkata bahawa kecantikan itu terletak pada warna kulit yang putih dan merah,  kaki dan tangan yang eloknya dan lawa bentuknya dan sebagainya lagi,  tetapi orang ini buta kepada kecantikan akhlak,  seperi apa yang dikatakan orang bahawa seseorang itu mempunyai sifat-sifat akhlak yang "indah".  Tetapi bagi mereka yang mempunyai pandangan batin dapat mencintai orang-orang besar yang telah kembali kealam baka,  seperti Khalifah Umar dan Abu Bakar misalnya,  kerana kedua-dua orang besar ini mempunyai sifat-sifat yang agong dan mulia,  meskipun badan mereka telah hancur menjadi tanah.  Cinta seperti ini bukan memandang kepada sifat-sifat zhohir sahaja,  tetapi memandang kepada sifat-sifat batin.  Bahkan apabila kita hendak menimbulkan cinta dalam hati kanak-kanak terhadap seseorang,  maka kita tidak memperihalkan keindahan bentuk zhohirnya,  dan lain-lain,  tetapi kita perihalkan keindahan-keindahan batinnya.
Apabila kita gunakan perinsip ini terhadap cinta kepada Allah,  maka kita akan dapati bahawa Dia sajalah sepatutnya kita Cinta.  Mereka yang tidak Mencintai Allah itu ialah kerana mereka tidak Mengenal Allah itu.  Apa sahaja yang kita cinta kepada seseorang itu,  kita cintai kerana itu adalah bayangan Allah.  Kerana inilah kita cinta kepada Muhammad (S.W.T.) kerana baginda adalah Rasul dan kekasih Allah;   dan cinta kepada orang-orang alim dan orang-orang warak itu adalah sebenarnya cinta kepada Allah.
Kita akan lihat ini lebih jelas jika kita perhatikan apakah sebab-sebabnya yang menyemarakkan cinta.
Sebab pertama ialah, bahawa seseorang itu cinta kepada dirinya sendiri dan menyempurnakan keadaannya sendiri.   Ini membawanya secara langsung menuju Cinta kepada Allah,  kerana wujudnya dan sifatnya manusia itu adalah semata-mata Kurniaan Allah sahaja.  Jika tidaklah kerana kehendak Allah Subhanahuwa Taala dan KemurahanNya,   manusia tidak akan zhohir ke alam nyata itu.  Kejadian manusia itu dan pencapaian menuju kesempurnaan adalah juga dengan kurnian Allah semata-mata.  Sungguh anih jika seseorang itu berlindung ke bawah pokok dari sinaran matahari tetapi tidak berterima kasih kepada pokok itu. Begitu jugalah jika tidaklah kerana Allah,  manusia tidak akan wujud dan tidak akan ada mempunyai sifat-sifat langsung.   Oleh itu,  kenapa manusia itu tidak Cinta kepada Allah?  Jika tidak cinta kepada Allah bererti ia tidak mengenalNya.  Tanpa mengenalNya orang tidak akan Cinta kepadaNya,  kerana Cinta itu timbul dari pengenalan .  Orang yang bodoh saja yang tidak mengenal.
Sebab yang kedua ialah,   bahawa manusia itu cinta kepada orang yang menolong dan memberi kurniaan kepada dirinya.  Pada hakikatnya yang memberi pertolongan dan kurniaan itu hanya Allah sahaja.  Sebenarnya apa sahaja pertolongan dan kurnian dari makhluk atau hamba itu adalah dorongan dari Allah Subhanahuwaa Taala jua.  Apa sahaja niat hati untuk membuat kebaikan kepada orang lain,  sama ada keinginan untuk maju dalam bidang ugama atau untuk mendapatkan nama yang baik;   maka Allah itulah pendorong yang menimbulkan niat,  keinginan dan usaha untuk mencapai apa yang dicinta itu.
Sebab yang ketiga ialah cinta ang ditimbulkan dengan cara renungan atau tafakur tentang Sifat-sifat Allah,   Kuasa dan KebijaksanaanNya.  Dan bermula Kekuasaan dan kebijaksanaan manusia itu adalah bayangan yang amat kecil dari Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah Subhanahuwa Taala jua.  Cinta ini adalah seperti cinta yang kita rasai terhadap orang-orang besar di zaman lampau,  umpama Imam Malik dan Imam Syafie meskipun kita tidak akan menjangka menerima sebarang faedah peribadi dari mereka itu,  dan dengan itu adalah jenis yang tidak mencari untung.  Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Hamba yang paling aku Cintai ialah mereka yang mencari Aku bukan kerana takut hukumKu atau hendakkan KurniaanKu,  tetapi adalah semata-mata kerana Aku ini Tuhan."
Dalam kitab Zabur ada tertulis,
"Siapakah yang lebih melanggar batas daripada orang yang menyembahKu kerana takutkan Neraka atau berkehendakkan Syurga?   Jika tidak aku jadikan Surga dan Neraka itu tidakkah Aku ini patut disembah?"
Sebab yang keempat berkenaan cinta ini ialah kerana perkaitan rapat antara manusia dan Tuhan,  yang maksudkan oleh Nabi dalam sabdanyal;
"Sesungguhnya Allah jadikan manusia menurut bayanganNya"
Selanjutnya Allah berfirman;
"HambaKu mencari kehampiran denganKu,  supaya Aku jadikan dia kawanKu,  dan bila Aku jadikan ia kawanku,  jadilah Aku telinganya,  matanya dan lidahnya".
Allah berfirman juga kepada Nabi Musa;
"Aku sakit,   engkau tidak mengungjungiKu."  Nabi Musa menjawab,  "Aahai Tuhan,  Engkau itu Tuhan langit dan bumi,  bagaimana engkau boleh sakit?"   Allah menjawab,  "Seorang hambaKu sakit,  kalau engkau mengunjungi dia,  maka engkau mengunjungi Aku."
Ini adalah satu perkara yang agak bahaya hendak dikaji berlarutan kerana ia tidak terjangkau oleh pengetahuan orang awam,  bahkan yang bijak pandai pun mungkin tumbang dalam perjalanan perkara ini,  lalu menganggap ada percantuman atau penjelmaan Tuhan dalam manusia.  Tambahan pula perkara kehampiran hamba dengan Tuhan ini dibangkang oleh Alim Ulama' yang tersebut diatas dulu kerana mereka berpendapat bahawa manusia itu tidak dapat mencintai Allah oleh sebab Allah bukan sejenis manusia.  Walau pun berapa jauh jaraknya antara mereka,  namun manusia boleh mencintai Allah kerana kehampiran itu ada ditunjukkan oleh sabda Nabi
"Allah jadikan manusia menurut rupanya."

Dan kataku pula(suluk),  untuk mendapat dan menjejaki maksud sabda Nabi yang penuh dan melimpah dengan lautan hikmah zhohir dan batin ini,  perlulah diambil pengajaran dari kalangan ulama yang muqarrabin yang arifbiLlah dari kalangan Aulia Allah yang apabila bercakap,  hanya akan mengungkapkan sesuatu yang didatangi dari Alam Tinggi;   bukan beralaskan sesuatu kepentingan atau pengaruh hawa nafsunya.  Ilmu mereka adalah pencampakkan Ilham dari Allah Taala yang didapati terus dari Allah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Imam Ghazali dalam karyanya Al-Risalutul lil Duniyyah sebagaimana berikut;
Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.
Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada perantaraan dalam mendapatkannya di antara jiwa dan Allah Taala. Ia adalah seperti cahaya yang datang dari lampu Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih, kosong lagi halus(Lathif).

Bersambung dalam tajuk berikutnya; 
Memandang Allah.
MEMANDANG ALLAH
Semua orang Islam percaya bahwa memandang Allah itu adalah puncak segala kebahagiaan karena ada tercatat dalam hukum.  Tetapi bagi kebanyakan orang,   ini adalah berbicara di mulut saja yang tidak menimbulkan rasa dalam hati.   Sebenarnyalah begitu karena bagaimana orang dapat menyintai sesuatu jika ia tidak tahu dan tidak kenal?  Kita akan coba menunjukkan secara ringkas bagaimana memandang Allah itu puncak segala kebahagiaan yang bisa dicapai oleh manusia.
Pertama,  tiap-tiap bakat atau anggota manusia itu ada tugas-tugasnya masing-masing dan ia merasa tertarik dan suka menjalankan tugas itu.  Ini serupa saja sejak dari kehendak badan yang paling rendah hinggalah kepada pengetahuan akal yang paling tinggi.  Usaha mental(otak) yang paling rendah pun mendatangkan ketertarikkan yang lebih dari hanya memuaskan kehendak badan saja.  Kadang-kadang seseorang yang khusuk bermain catur tidak mau makan meskipun ia berkali-kali dipanggil untuk makan.
Makin tinggi perkara pengetahuan kita itu,  maka makin bertambah menarik dan sukalah kita mengusahakan perkara itu.  Misalnya kita lebih berminat untuk mengetahui rahsia Sultan dan rahsia menteri.  Dengan demikian,  oleh karena Allah itu adalah objek atau perkara pengetahuan yang paling tinggi,  maka mengenal atau mengetahui Allah itu mestilah memberi kebahagiaan dan kelazatan lebih daripada yang lain-lain.  Orang yang mengetahui dan mengenal Allah walaupun dalam dunia ini.   seolah-olah di dalam syurga,  "luasnya seperti luas langit" (Al-Qur'an) buah-buahan bebas untuk dipetik,  dalam lebarnya tidak disempitkan oleh penghuninya yang ramai itu.
Tetapi kenikmatan ilmu atau pengetahuan masih tidak menyamai atau menyerupai kenikmatan pandangan sebagaimana ketertarikan kita dalam memikirkan mereka yang bercinta adalah lebih rendah daripada ketertarikan yang diberi oleh memandangnya dengan benar.   Terpenjaranya kita dalam badan kita dari tanah dan air dan terbelenggu kita dalam perkara-perkara indera(pancaindera) menjadikan hijab yang melindungi kita daripada memandang Allah, meskipun tidak menghalang pencapaian kita kepada mengetahui dan mengenalNya.  karena inilah Allah berfirman kepada Nabi Musa di Gunung Sinai;
"Engkau tidak akan dapat melihat aku" (al-Qur'an)
Hakikat perkara ini adalah demikian,  yaitu sebagaimana benih manusia itu menjadi manusia,  dan biji tamar menjadi pokok tamar,  begitu jugalah mengenal Allah yang diperolehi di dunia ini akan bertukar menjadi "Memandang Allah" di akhirat kelak,  dan mereka yang tidak mempelajari pengetahuan itu tidak akan mendapat pandangan itu.  Pandangan ini tidak akan dibagi-bagikan sama rata kepada mereka yang tahu tetapi "konsep pemahaman" mereka tentangnya akan berbeda-beda sebagaimana ilmu mereka.
Allah itu Satu tetapi ia kelihatan dengan berbagai-bagai cara,  sebagaimana satu benda itu terbayang dalam berbagai cara dalam berbagai cermin.  Ada yang lurus,   ada yang bengkok,  ada yang terang dan ada yang gelap.  Sesuatu cermin itu mungkin terlalu bengkok dan ini menjadikan bentuk-bentuk yang cantik kelihatan buruk dalam cermin itu.  Seseorang manusia itu mungkin membawa ke akhirat hati yang gelap dan bengkok,  dan dengan itu pandangan yang menjadi punca kedamaian dan kebahagiaan kepada orang lain,  akan menjadi sumber kesengsaraan dan kedukaan kepadanya.
Orang yang Menyintai Allah sepenuh hati dan Cintanya kepada Allah melebihi Cintanya kepada yang lain akan memperolehi lebih banyak kebahagiaan  daripada pandangan melebihi daripada mereka yang dalam hatinya tidak ada pandagan ini.  Umpama dua orang yang kekuatan matanya sama saja memandang kepada muka yang cantik.  Orang yang telah ada cintanya kepada orang yang memiliki muka itu akan merasa tertarik dan bahagia memandang muka itu melebihi dari orang yang tidak ada cintanya kepada orang yang mempunyai muka itu.  Untuk kebahagiaan yang sempurna,  ilmu saja tidak tidaklah cukup.  Ianya hendaklah disertakan dengan Cinta.  Cinta kepada Allah itu tidak akan tercapai selagi hati itu tidak dibersihkan daripada cinta kepada dunia.  Pembersihan ini dapat dilakukan dengan menahan diri dari hawa nafsu yang rendah dan bersikap zuhud.
Semasa dalam dunia ini,  keadaan seseorang itu terhadap "Memandang Allah" adalah ibarat  orang yang cinta yang melihat muka orang yang yang dicintai dalam waktu senjakala dan pakaiannya penuh dengan penyengat dan kala yang sentiasa menggigitnya.  Tetapi sekiranya matahari terbit dan menunjukkan muka yang dicintai dengan segala keindahannya,  dan penyengat serta kala itu telah lari darinya,  maka kebahagiaan orang yang cinta itu adalah seperti hamba Allah yang terlepas dari gelap senja dan azab cobaan di dunia ini,  lalu melihat dia tanpa hijab lagi.
Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang sibuk dengan dirinya sendiri saja di dunia ini,  akan sibuk juga dengan dirinya di akhirat kelak;  dan siapa yang sibuk dengan Allah di dunia ini akan sibuk juga dengan Allah di akhirat kelak".
Yahya bin Mu'adz menceritakan;
"Saya lihat Abu Yazid Bustomin sembahyang sepanjang malam.  apabila beliau telah habis sembahyang,  beliau berdoa dan berkata; "Oh Tuhan!!!  Setengah dari hambaMu meminta padaMu kuasa untuk membuat sesuatu yang luar biasa(karamat) seperti berjalan di atas air,   terbang di udara;  tetapi aku tidak meminta itu;  ada pula yang meminta harta karun,  tetapi aku tidak meminta itu;  kemudian ia memalingkan mukanya dan setelah dilihatnya saya,  ia berkata;  "Kamu di situ Yahya?"  Saya menjawab;  "Ya!"  Beliau bertanya lagi;   "Sejak bila?"  Saya menjawab;  "Telah lama saya di sini"  Kemudian saya bertanya dan beliau menceritakan kepada saya setengah daripada pengalaman keruhaniannya.
"Saya akan menceritakan"  Jawab beliau.  "Apa yang boleh saya ceritakan kepadamu,  Allah Subhahahuwa Taala menunjukkan aku kerajaanNya dari yang paling tinggi hingga ke paling rendah.  DiangkatNya saya melampaui Arash dan Kursi dan tujuh petala langitnya,   kemudian Ia(Allah) berkata;  "Pintalah kepadaKu apa saja yang engkau kehendaki".  Saya menjawab; "Ya Allah!!! tidak akan saya minta apa pun melainkan Engkau".   JawabNya(Allah);   "Sesungguhnya engkau hambaKu yang sebenar".
Pada suatu ketika pula Abu Yazid berkata;
"Sekiranya Allah mengurniakan engkau kehampiran denganNya seperti Ibrahim,  kekuasaan Sholat Musa,   keruhanian 'Isa,  namun wajahmu hadapkanlah kepada Dia saja karena ia ada harta yang melampaui segala-galanya itu"
Suatu hari seorang sahabatnya berkata kepada beliau;  "Selama tiga puluh tahun saya puasa di siang hari dan sembahyang di malam hari tetapi saya tidak dapati kelazatan keruhanian yang engkau katakan itu".
Abu Yazid menjawab;  "Jika engkau puasa dan sembahyang selama tiga ratus tahun pun,  engkau tidak akan mendapatkannya".
Sahabatnnya berkata;  "Bagaimanakah itu?"
Kata Abu Yazid;  "obatnya ada tetapi engkau tidak akan sanggup menelannya obat itu".  Tetapi oleh karena sahabatna itu bersungguh-sungguh benar memminta supaya diceritakan,  Abu Yazid pun berkata;  "Pergilah kepada tukang gunting dan cukurlah janggutmu itu;  buangkan pakaianmu itu kecuali seluar dalam saja.  Ambil satu kampit penuh yang berisi "Siapa yang mahu menempeleng kuduk leherku dia akan mendapat buah ini"  Kemudian dalam keadaan ini pergilah kepada Kadi dan ahli syariat dan berkata;  "Berkatilah Ruhku".
Kata sahabatnya;  "Tidak sanggup saya berbuat demikian,  berilah saya cara yang lain".
Abu Yazid pun berkata;  "Inilah saja caranya,  tetapi seperti yang telah saya katakan kamu ini tidak dapat diobat lagi".
Sebab Abu Yazid berkata demikian kepada orang itu ialah karena orang itu sebenarnya pencari pangkat dan kedudukan.  Bercita-cita hendak pangkat dan kedudukan seperti bersikap sombong dan bangga adalah penyakit yang hanya dapat diobat dengan cara yang demikian itu.
Allah berfirman kepada Nabi 'Isa;
"Wahai 'Isa!   Apabila Aku lihat dalam hati hambaKu cinta suci murni kepadaKu tanpa dicampur aduk dengan kepentingan diri sendiri terhadap perkara dunia atau akhirat,  maka Aku menjadi Penjaga kepada Cinta itu".
Apabila orang bertanya kepada Nabi 'Isa;  "Apakah kerja yang paling tinggi sekali darjatnya?"  Beliau menjawab;  "Mencintai Allah dan tunduk kepadaNya".
Suatu ketika orang bertanya kepada Wali Allah bernama Rabi'atul Adawiyah sama ada beliau cinta kepada Nabi Muhammad SAW.  Beliau menjawab; "Cinta kepada Allah menghalang aku cinta kepada makhluk".
Ibrahim bin Adham dalam doanya berkata;  "Ya Allah!  pada mataku syurga itu sendiri lebih kecil dari agas jika dibandingkan dengan Cintaku terhadapMu dan kelazatan mengingatiMu   yang Engkau telah kurniakan kepadaku".
Siapa yang  menganggap ada kemungkinan menikmati kebahagiaan di akhirat tanpa mencintai Allah adalah orang yang telah jauh sesat anggapannya,  karena segala-galanya di akhirat itu adalah kembali kepada Allah dan Allah itulah matlamat yang dituju dan dicapai setelah melalui halangan yang tidak terhingga banyaknya.  Nikmat memandang Allah itu adalah kebahagiaan.  Jika seseorang itu tidak suka kepada Allah di sini,  maka di sana pun ia tidak suka juga kepada Allah.  Jika sedikit saja sukanya  kepada Allah di sini,  maka sedikit jugalah sukanya kepada Allah di sana.  Pendeknya,  kebahagiaan kita di akhirat adalah bersesuaian dengan kadar Cintanya kita kepada Allah di dunia ini.
Sebaliknya jika dalam hati manusia itu ada tumbuh cinta kepada  apa saja yang berlawanan dengan Allah,  maka keadaan hidup di akhirat sana akan berlainan dan ganjil sekali kepadanya dan dengan ini apa saja yang mendatangkan kebahagiaan kepada orang lain,  akan mendatangkan 'azab sengsara kepadanya.  Mudah-mudahan Allah lindungi kita dari terjadi sedemikian itu.
Ini bolehlah kita gambarkan dengan misalan seperti berikut;
Seorang pengangkut sampat-sarap pergi ke kedai yang menjual minyak wangi.  Apabila beliau membawa bau-bauan yang harum wangi itu,  ia pun jatuh dan tidak sadar diri.   Orang pun datang hendak memberi pertolongan kepadanya.  Air Ros dipercikkan kemukanya dan dihidungnya diletakkan kasturi.  Tetapi beliau bertambah teruk.   Akhirnya datanglah seorang pengangkut sampah juga,  lalu diletakkan sedikit sampah kotor di bawah hidung orang yang pengsan itu.  Dengan segera orang itu pun sadar semula sambil berseru dengan rasa puas hati,  "Wah! Inilah sebenarnya wangi!"
Demikian jugalah,  ahli dunia tidak akan menjumpai lagi karat dan kotor dunia ini diakhirat.  Kelazatan keruhaniah alam sana berlainan sekali dan tidak sesuai dengan kehendaknya.  Maka ini menjadikannya bertambah teruk dan sengsara lagi.  karena alam sana itu adalah alam ruhaniah dan penzhohiran Jamal (keindahan) Allah Subhanahuwa Taala.  Berbahagialah mereka yang ingin mencapai kebahagiaan di sana itu dan menyesuaikan dirinya dengan alam itu.  Semua sikap zahud,  menahan diri ibadah,   menuntut ilmu adalah bertujuan untuk mencapai penyesuaian itu dan penyesuaian itu adalah cintanya.  Inilah maksud Al-Quran:
"Berbahagialah orang yang mencucikan jiwanya".
Dosa dan maksiat berlawanan benar dengan penyesuaian ini.  Oleh itulah termaktub dalam Al-Quran:  "Sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."  Orang yang dikurniai dengan mata keruhanian telah nampak hakikat ini dalam rasa pengalaman mereka bukan hanya kata-kata yang diterima turun-menurun sejak dahulu lagi.  Pandangan mereka itu membawa kepercayaan bahwa orang yang berkata demikian adalah sebenarnya Nabi;   ibarat orang yang mengkaji ilmu perobatan;  akan tahu adakah orang yang bercakap berkenaan perobatan itu sebenarnya doktor atau pun bukan.  Ini adalah jenis keyakinan yang tidak perlu disokong dengan mukjizat atau perbuatan yang mencarik adat karena yang  demikian pun dapat dilakukan juga oleh tukang sihir atau tukang silap mata.
Bersambung dalam tajuk yang terakhir;  Tanda-tanda Cinta Kepada Allah
TANDA-TANDA  CINTA KEPADA ALLAH

Banyak orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala.  Perkataan itu hendaklah diuji apakah tulen atau hanya palsu.
Ujian pertama ialah;  Dia hendaklah tidak benci kepada mati karena tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.  Nabi Muhammad saw bersabda;
"Siapa yang ingin melihat Allah,  Allah ingin melihat dia."
Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat,   tetapi jika betul-betul ikhlas dia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.
Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan berupaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa saja yang menjauhkan dirinya dengan Allah.  Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.   Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika orang bertanya kepada mu apakah kamu cinta kepada Allah,  hendaklah kamu diam karena jika kamu kata:  "Saya tidak cinta kepadaNya",  maka kamu kafir dan jika kamu berkata,  "Saya cinta",  maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."
Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar,  karena apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat.   Sekiranya cinta itu sempurna,  ia tidak akan lupa yang dicintainya itu.   Ada juga kemungkinan bahwa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu.  Sehingga cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua,  karena cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah perkara lain pula.
Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahwa seseorang itu cinta kepada Al-Quran,  yaitu Kalam Allah,  dan cinta kepada Muhammad yaitu Rasul Allah.   Jika cintanya benar-benar kuat,  ia akan cinta kepada semua orang, karena semua manusia itu adalah hamba Allah.  Bahkan cintanya meliputi semua makhluk,  karena orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.
Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu.  Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna.  Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Janganlah terlampau karib dengan manusia,  karena ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu:   yaitu mereka yang bersemangat mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu;  dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku.  Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu saja."
Pada hakikatnya,  jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu,  maka cintanya kepada yang  lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu.  Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali,  dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu.  Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,
"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu,  Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar,  tetapi ia tidak nampak dan sadar rumahnya terbakar.
Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali.  Seorang Wali Allah ada berkata,
"Dalam tiga puluh tahun  yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali,   tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi indah dan lazat pula kepada saya."  Apabila cinta kepada Allah itu sempuna,  maka tidak ada keindahan yang sebanding dngan keindahan ibadat.
Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah.   Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri."  Suatu masa,  Nabi bertanya kepada Allah,  "Wahai Tuhan,  siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya,  mengambil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya,  dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."







Label

Translate

aku dan sabrina, my classmate

aku dan sabrina, my classmate